Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, March 24, 2016

Mandian aura seri bunga....ada yang positif



Rawatan aura seri mandian bunga yang diruqyah antara rawatan terlaris hari ini yang kami sediakan. Ikhtiar untuk membuang sebarang gangguan pada wajah dan tubuh yang menyebabkan gangguan jodoh, rezeki, kerjaya dan sebarang aktiviti.

Rawatan dimulakan dengan bacaan ayat -ayat pembatal sihir, ayat syifa diulang banyak kali dan beberapa ayat meningkat aura kendiri seperti:

Surah Yusuf 4

Surah waqiah 35-37


Surah Toha 39



Alhamdulillah, ada yang beri makluman positif dan ada yang beum ada petanda apa-apa. Ini hanya ikhtiar bukan kepasian kesembuhan melainkan dariNya belaka.





Pengamal perubatan ala silat... juga dirawat


Pengamal perubatan spiritual yang berasas persilatan perlu berjaga-jaga. Sehingga kini terlalu banyak kes pengamal amalan berkenaan mengalami serangan balas jin. 

Merawat dengan kaedah meragukan perlu dielakkan. 

Saya bekalkan kepada pesakit sebegini dengan amalan surah an Nas sebanyak 100 x sehari semalam. Ini untuk memujuk dan menajuahkan perlahan-lahan jin pendamping yang mereka perolehi melalui amalan perubatan mereka.

masakan boleh merawat cara Islam jika tidak mampu membaca Al Quran dengan baik? Adakah hanya dengan menarik nafas, membaca doa tertentu mampu merawat secara Islam? Jika mampu silakan dan anda terdedah dengan pelbagai risiko kelak.

Gambar menunjukkan penulis merawat kes pengamal perubatan ala-ala silat. Yang mana perguruannya mengaku mampu melihat jin dan mengintai berapa ekor jin dalam badan. 



Gatal gatal ganjil... ruqyah...selesai


Saya dikunjungi sepasang suami isteri bersama anak angkat perempuan mereka. Masalahnya adalah gatal di tangan dan kaki. Kelihatan mengelupas dan tangan si anak dara hanya mengupas kulit sendiri. Gatal katanya.

Katanya lagi gatal bertambah teruk di tengah malam. Telah sebulan ubat farmasi dan klinik digunakan tetapi tidak juga sembuh.

Bahan yang saya minta sediakan untuk kes gatal seperti biasa, garam kasar sekilo, bedak sejuk, air mineral 2 botol besar.

Saya bacakan ayat ruqyah penuh. kaki dan tangan kiri pesakit bergetar sedikit.

Selepas diakui getaran bukan perbuatan si pesakit, saya bacakan ayat ruqyah pada tapak kaki dan tapak tangan si pesakit (tangan perawat memakai sarung tangan).

Gatal di kaki hilang, hanya sedikit di tangan. Selepas meluur badan dengan garam dan mandi garam pada malam itu, kata keluarganya, gatal terus hilang dan kulit tumbub sediakala. Alhamdulillah. 

Muhammad Nuruddin (Muallij)

Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)



Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE

KC 0032782-W
       

Siapa kata rawatan dengan ruqyah tidak sembuh?

Guru saya Ustaz Afzan ( 019-5671731)  menceritakan bagaimana beliau merawat seorang wanita yang terkena gangguan jin selama setahun lamanya tempoh rawatan. Beliau merawat sebanyak 8 sesi ruqyah.

Akhirnya berdasarkan maklum balas pesakit ada tanda kesembuhan. 

1) Merawat melalui kaedah ruqyah kadangkala mengambil masa panjang (berbeza dengan kaedah-kaedah lain dengan pendamping misalnya kesembuhan serta merta tetapi ada bala menanti)

2) Amalan membaca surah tertentu, surah panjang yang digelar surah munjiat memang berkesan tetapi perlu diamal setiap hari.

3) Kerap ke masjid dan majlis ilmu melemahkan sihir dan saka.

4) Bersedekah menambah pahala dan membuka ruang kesembuhan.

5) Tidak berdendam dengan pembuat sihir adalah kunci kesembuhan juga. Dendam adalah api makanan jin/syaitan.



Merawat dengan kaedah ruqyah selamat dari jin pedamping yang mungkin ditinggalkan bomoh (perawat tradisional) walaupun ada yang terlalu mengambil masa untuk sembuh.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)



Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W
       

Sunday, March 20, 2016

KEUTAMAAN SURAT-SURAT MUNJIYAT

Saya susunkan senarai sura berdasarkan ilmu saya pada ketika ini. Ada pun fadhilat surah terdapat banyak riwayat, khilaf dan sebagainya. Beramalkan ats dasar cintakan Al Quran.


KEUTAMAAN SURAT-SURAT MUNJIYAT

Surat munjiyat (artinya, surat penyelamat) adalah kumpulan surat-surat Al-Quran yang berjumlah 7 surat iaitu
Yasin, (bila perlu)
Al-Kahfi, (10 ayat awal, 10 ayat akhir)
Al-Mulk, (wajib tiap malam)
As-Sajadah, (seminggu sekali)
Ar-Rahman, (seminggu sekali)
Al-Waqi'ah, (tiap petang)
Al-Fath. (seminggu sekali)

Tambahan

Buruj
Fussilat
Soffat
Jin
Insan
Luqman
3 qul
Qariah
Maun
Al Baqarah


Siapa pencipta istilah 'Surat munjiyat' itu sendiri masih belum jelas. Yang pasti membaca surat-surat yang disebut Surat Munjiyat itu memang ada fadhilah tersendiri berdasarkan hadits Nabi.

- Fadhilah Surat Al-Mulk untuk meringankan siksa kubur. Hadits hasan riwayat Tirmidzi

عن ابن عباس قال: ضرب بعض أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم خباءه على قبر -وهو لا يحسب أنه قبر- فإذا فيه إنسان يقرأ سورة تبارك الذي بيده الملك حتى ختمها، فأتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله إني ضربت خبائي على قبر وأنا لا أحسب أنه قبر فإذا فيه إنسان يقرأ سورة تبارك الملك حتى ختمها، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هي المانعة هي المنجية تنجيه من عذاب القبر

Artinya: Dari Ibnu Abbas ia berkata: Salah satu Sahabat Nabi membuat kemah di atas kuburan -- dia tidak mengira itu kuburan. Tiba-tiba ada seseorang yang sedang membaca Surah Al Mulk sampai selesai. Ia pun menghadap Nabi dan berkata: Wahai Rasulullah aku membuat kemahku di atas kuburan aku tidak mengira itu kuburan. Tiba-tiba ada suara seseorang sedang membaca Surah Al-Mulk (Tabarak) sampai selesai. Nabi bersabda: Surah Al-Mulk adalah surat yang mencega dan menyelamatkan dari siksa kubur.

- Surat As-Sajadah sebagai munjiyat (penolong). Hadits riwayat Darimi

اقرؤا المنجية وهي "الم* تنزيل" -أي السجدة، وقال في تبارك مثلها، وكان لا يبيت حتى يقرأهما

Artinya: Artinya: Bacalah Surat yang menyelamatkan yaitu Surah As-Sajadah. Nabi bersabda: begitu juga Surah Al-Mulk. Nabi tidak tidur sampai membaca keduanya.

- Surat As-Sajadah dan Al-Mulk selalu dibaca Nabi setiap hendak tidur. Hadits sahih riwayat Ahmad, Tirmidzi, Hakim

كان لا ينام حتى يقرأ بالسجدة والملك.

Artinya: Nabi tidak tidur sampai membaca Surat As-Sajadah dan Al-Mulk

- Keutamaan Surat Yasin dan Ad-Dukhan yang membaca diampuni dosanya. Hadits Abu Ya'la dan Ibnu Katsir

من قرأ يس في ليلة أصبح مغفوراً له، ومن قرأ حم التي يذكر فيها الدخان أصبح مغفوراً له

Artinya: Barangsiapa yang membaca Surat Yasin dalam suatu malam, maka ia dimaafkan dosanya pada pagi harinya. Barangsiapa membaca Surat Ad-Dukhon maka ia dimaafkan dosanya pada pagi harinya.

- Hadits Abu Daud, Ibnu Majah: اقرؤا على موتاكم يس

- Ibnu Katsir dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan fadhilah membaca surat Yasin sbb:

ولهذا قال بعض العلماء: من خصائص هذه السورة أنها لا تقرأ عند أمر عسير إلا يسره الله تعالى، وكأن قراءتها عند الميت لتنزل الرحمة وليسهل عليه خروج الروح
Artinya: Sebagian ulama mengatakan: Termasuk dari kekhususan/keistimewaan surat Yasin adalah orang yang membacanya akan dipermudah kesulitannya. Dan saat dibaca di sisi mayit ia akan mendapat rahmat dan memprmudah proses keluarnya ruh.

- Keutamaan Surat Al-Waqiah adalah selamat dari kesulitan ekonomi. Berdasar hadits Baihaqi dan Abu Ya'la dengan sanad dhaif.

من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبداً وكان ابن مسعود يأمر بناته بقراءتها كل ليلة

Artinya: Barangsiapa membaca Surah Al-Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan tertimpa kemiskinan selamanya. Ibnu Mas'ud menyuruh putri-putrinya membacanya setiap malam.

- Fadilah surat Ar-Rohman adalah sebagai pengantin Al-Quran. Hadits riwayat Baihaqi status hadits ini dhaif.

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لكل شيء عروس، وعروس القرآن الرحمن.

Artinya: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Setiap sesuatu ada pasangannya. Dan pasangan Al Quran adalah Surah Ar-Rohman

Sunday, March 6, 2016

Tidak tahu baca Al Quran....yasin pun kelam.....


Bagi kes berat, saya akan meminta keluarga si pesakit untuk bacakan yasin penuh ke telinag pesakit setiap hari, dibacakan ayat kursi 21 x pada telinga setiap malam.

Saya berikan petua ini kerana si pesakit tidak mampu membaca melainkan sebut Allah...Allah sahaja. Kadangkala si sakit menjadi separa gila jadi bagaimana mahu membaca Al Quran?

Inilah peranan kita selaku ahli keluarga.

Namun ada keluarga yang anggotanya keluarganya tidak mampu membaca ayat kursi dan ada yang tidak tahu membaca Yasin melainkan mengikut mulut bacaan imam atau orang lain sahaja.

Bayangkan surah yang diulang baca tiap khamis juga tidak mampu di baca umat Islam-Melayu? bagaimana mahu mentelaah Al Baqarah? As Soffat?




Inilah masalah terbesar umat Islam-Melayu hari ini. Gejala buta atau gelab Al Quran semakin serius. Sudah jauh dari payungan kasih Al Quran. 

Saya menyeru anda semua..belajarlah membaca Al Quran, jangna segan menggunakan Iqra' jilid pertama...jangan malu sesama manusia sebelum binasa di akhirat kelak.

bagaimana ubat yang Allah tinggalkan menjadi penawar jika ubat itu hanya ada di bungkusan? Inilah ibaratnya jika ada naskhah Al Quran namun tidak tahu dibaca dengan baik.

Bacalah Al Quran.... belajarlah....

Muhammad Nuruddin (Muallij)

Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)





Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W
      

Sihir (buhul) dalam badan dan kes Jin kebal...apa nak buat?


Saya ada menempuhi kes-kes di mana jin amat tahan dan kelihatan kebal dengan ayat ruqyah. Ia ada beberapa keadaan. Jika jin islam telah saya ceritakan dahulu digunakan bacaan penuh surah Yasin, Al Baqarah, Jin, Soffat.

Bagi kes jin gangguan yang kebal bolehlah digunakan ayat -ayat pembatal sihir diulang 7-17 kali setiap ayat dan dihembus pada umbun-umbun berulang kali sepanjang bacaan.

Juga saya bacakan ayat di bawah daripada surah Hasyr 1-4 sebnyak 3-5 kali dan dihembus juga.


ayat ini juga dijadikan air mandian limau, garam atau ais.

Bagi kes sihir (jika petua di atas kurang berhasil), bacakan Fatihah, ayat kursi ulangan banyak dan diulang ayat surah Al Haqqah di bawah sebanyak 5-7 kali sambil dihembus-hembus pada umbun-umbun. Niat pecahkan ikatan buhul sihir dalam badan (jika sihir dalam badan)....




Sihir dalam badan hadir melalui penghantaran ghaib syaitan/jin ataupun melalui makanan dan minuman  si mangsa.

Rawatan ruqyah bagi kes kebal dan degil perlulah dilakukan dengan sabar, diulang rawatan 3-5 kali atau lebih sesi rawatan. Pesakit perlu sedikan masa, wang dan tenaga untuk dirawat.

Jangan bertukar perawat ruqyah secara bermudah-mudah kerana perawat seterusnya tidak tahu status keadaan kita. Rawat dengan sabar dan amalkan bacaan istiqgfar 100 kali dan ayat kursi 70 kali sehari. Solat berjemaah dan azanlah dalam rumah anda.


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)



Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W
      

Friday, March 4, 2016

Limau, garam bukan perubatan sunnah.... ini Kaedah fiqhnya

Ada yang meragui ulama' perawat nusantara yang merawat dengan menggunakan limau nipis, limau purut, bunga mawar dan garam sedangkan bahan-bahan ini tidak diguna oleh para salafus soleh dalam perawatan mereka. 

Usulnya sama iaitu kaedah ruqyah, asasnya sama iaitu ruqyah atau jampi perlu difahami maksudnya, bertujuan penyembuhan dan faham Alah yang Maha penyembuh serta faham dalam ruqyah haram ada unsur syirik atau pemujaan. Jadi  apa-apa ayat Al Quran, doa mathur, doa ilham ulama', selawat mathur mahupun selawat ilham ulama' adalah ampuh dan mujarab untuk perubatan cara Islam.




Tiada klaus atau nas yang meletakkan secara jelas haram penggunaan limau, haram penggunaan doa bukan mathur dan haram menggunakan apa sahaja yang tiada dalam dalil hadis Nabi. Inilah keluasan syara' dalam memberi ruang perubatan yang tidak rigid tetapi masih berlandas asas syara' yang menolak syirik.

Kaedah fiqh yang diguna pakai oleh para ulama' perubatan antaranya kaedah terkenal di bawah:


(الأصل فى الاشيأ الاباحة, حتى يدل الدليل على التحريم) Asal bagi sesuatu itu harus hingga ada dalil yang menunjukkan haram. Kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abi Darda’ yang diriwayatkan oleh Bazzar dan al-Tabrani:

ما أحل الله فهو حلال, وما حرم فهو حرام, وما سكت عنه فهوا عفو,فاقبلوا من الله عافيته, فان الله لك يكن ليسى شيئا
Bermaksud: Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap sesuatu.

Adakah semua perkara tanpa nas dianggap harus dalam kedah fiqh? Tidak semuanya. Misalnya dalam masalah seksual, asal permasalahan seks adaah haram sehingga ada perkara yang menghalalkannya.


الأَصْلُ فِي الَإ بْضَاعِ التَّحْرِيْمُ
Hukum asal pada masalah seks adalah haram
Maksud kaedah ini adalah dalam hubungan seks, pada asalnya haram sampai datang sebab-sebab yang jelas dan tanpa meragukan lagi yang menghalalkannya, yaitu dengan adanya akad pernikahan. Haram melakukan seks di luar nikah, akan tetapi berbeda halnya apabila pemuda dan pemudi tersebut telah melakukan akad nikah, maka menjadi halal apabila melakukan seks.

Inilah indahnya Islam.

 Muhammad Nuruddin (Muallij)

Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690(sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)



Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W
     

Jin tiada pengalaman untuk keluar dari badan....


Sheikh Wahid Abdul salam Baly juga berpesan bagi kes rasukan Jin muda yang pertama kali merasuk sama ada dipaksa rasuk atau akibat marah si manusia tanpa sengaja menyakitinya (tersiram air panas, terhentak barang keras ke lantai dll)

Selepas jin berjanji ingin keluar tetapi sukar untuk keluar (masuk pandai keluar tak tahu jalan), arahkan mereka keluar melalui mulut, tangan, kaki.

 Sebelum itu kita bacakan surah Yasin (sampai selesai) dan azan di telinga dengan niat memudahkan si jin keluar.

Jangan diruqyah sehingga menyakitinya jika benar ia telah insaf dan ingin keluar. Ini adab sesama makhluk yang kadangkala diabaikan oleh perawat


Muhammad Nuruddin (Muallij)

Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690(sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)



Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W
.

Jin Islam tahan ayat-ayat Azab...ini caranya


Sheikh Wahid Abdul Salam Baly memberi petua hasil interaksi beliau dengan jin Islam yang merasuk (melalui perantaraan mulut pesakit) - lihat kitab terjemahan Perisai Daripada Syaitan dan Jin.

Jin Islam yang diruqyah kadangkala lebih kebal dan tahan dengan ruqyah walaupun ayat-ayat Azab.... kadangkala perawat balik loi ja macam tu...serender.

Sheikh kata antara surah yang boleh memberi kesan kepada jin muslim fasiq adalah Yasin, Soffat, Ad Dukhan dan surah Jin.

Sheikh bertanya kepada si jin... " kalau aku bacakan surah Al Baqarah"...
"Itu aku akan hangus terbakar" jawab Jin Islam berkenaan.

Pernah juga jumpa kes sebegini. Insya Allah jika berjumpa lagi kes sebegini akan dibacakan 1 juzuk Al Baqarah di telinga pesakit Insya Allah.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690(sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE

KC 0032782-W

Tuesday, March 1, 2016

Sihir pemisah yang teruk....ulang ayat Al Furqan

Saya mengendalikan juga kes sihir pemisah yang teruk sehingga 17 tahun pasangan tak dapat bersama.

Selepas beberapa sesi ruqyah penuh masih kesannya on off, saya cuba pula petua Sheikh Wahid Abdul Salam Baly iaitu

1) Ayat Al Furqan 23 saya ulang 366 kali sehingga pesakit terlena.


2) Saya juga menambah ayat Al Baqarah 102  dengan ulangan banyak.


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690(sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W



Persediaan untuk merawat saya Insya Allah akan....

Persediaan merawat yang paling ampuh adalah istighfar. Pesakit dan perawat keduanya perlu istighfar dengan ulangan banyak kali.

Kemudian selawat dan bersyahadah.

Kadangkala saya lupa beristighfar dan saya dapat lihat beza kesan semasa ruqyah.

Atas nasihat beberapa guru saya kini saya menyediakan diri untuk merawat dengan perkara berikut:

1) Berwudhuk

2) Solat Hajat 

3) Istighfar

4) Hizib Bahar 1-3 kali (mengikut tahap kes)




Untuk perkara 1-3 saya lakukan di tempat rawatan/pesakit manakala perkara 4 saya amal di rumah sebelum keluar merawat.

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690(sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat