Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Wednesday, April 7, 2021

ANTARA KESAN RAWATAN SAKA DAN SIHIR BERAT



Merawat kes sihir puja yang berat dan saka melalui cara berdepan atau cara jauh akan berlaku banyak reaksi. Namun reaksi yang di bawah adalah antara reaksi tanda kejayaan rawatan. 

Dalam merawat sihir yg berat pada proses rawatan (byk hari) pesakit akan ada diminta maaf tanpa sebab, ada seseorang tetiba rajin bagi hadiah, ada juga yang desak nak jumpa walau sekejap sedangkan tak pernah rapat, ada yang merayu minta ampun.

Bagi kes saka pesakit selalunya akan sedih tanpa sebab, menangis tanpa sebab, rasa ketat dada dan rasa hiba sahaja, malah semasa wirid amalan dia akan teresak esak pun ada.
Baik apa nak buat bagi perkara di atas? Ceritakan HANYA kepada perawat anda. Mereka akan handle.
Jika merawat dengan saya saya ada manual saya sendiri untuk tanganinya.
Moga Allah bantu semua pesakitku amiin....

Untuk rawatan hubungi 0176291368 (Muallij Nuruddin)

Wednesday, March 10, 2021

Perawat makrifat tetapi tidak solat

Semalam  saya  selesai rawatan pesakit warga emas. Reaksi tari ala puteri sepanjang dirawat. Saya baca ayat penghancur jin, senjata faqir dan ayat pembunuhan hingga stop pergerakannya, tapi liat benda ni.

Seperti diduga ada perkaitan kehidupannya dgn sakit pelik ini.

Pesakit yang asalnya sakit tidak tidur 6 hari, dirawat suami sendiri yang amal kaedah 'pelik'. Ya suaminya perawat mistik. Lepas dirawat suami reaksi tari semakin kuat setiap kali diruqyah mana mana perawat ruqyah lain.
Bila saya soal mendalam, si bapa rupanya mengamal rawatan cara batin dan ala makrifat. Yang itu saya tidak nafikan kewujudan kaedah ini tetapi yang menjadi sangsi adalah si bapa tidak solat.

Jika tidak solat, apakah sumber perawatan ya? Memang wujud aliran yang begini sebenarnya. Katanya mengaji tariqat makrifat makrifat yang dahsyat dan solatnya solat 'daim' iaitu 24 jam dalam solat jadi mereka mengaku tidak perlu solat fardhu lagi.
Saya berpesan kepada pesakit dan anak-anaknya agar membuat amalan wirtid dan pastikan guru kita beramal dengan syarak Islam. Pesakit diberi amalan zikir untuk bersih sisa ilmu tidak baik yg diinstall dlm dirinya....

Saya mahu jadi perawat



 "Saya boleh baca siir sahaja Quran, saya nak merawat".

"Saya baca ayat rawatan tapi saya guna rumi Ustaz..."
Banyak juga wasap begini datang kpd saya...
Saya nasihatkan merawat mistik mesti tahu al Quran, beramal membacanya dan tahu membaca dengan betul. Jika tidak mampu atau hanya menghafaz sahaja satu dua ayat boleh digunakan untuk membantu keluarga sahaja jangan diisytihar kita mampu merawat.
"Jadi apa perlu saya buat Ustaz?"
Jika hajat juga merawat, sign in segera kelas talaqqi Al Quran....bila lancar dah, maka boleh belajar mana mana perawatan dan mulakan khidmat anda. Hajat baik Allah akan tolong anda....
(tidak saya screenshot kerana ada hal yang peribadi dalam itu).

Anda mampu membaca Al Quran dan mahu jadi perawat wasap saya 017 6291368

Monday, February 8, 2021

IKHTIAR AHLI KELUARGA HILANG ATAU MELARIKAN DIRI



 Ikhtiar bagi pasangan atau ahli keluarga hilang ada beberapa jenis yang saya jumpa dan pernah usahakan. Syukur kebanyakkan kes berjaya dibawa pulang dengan kerjasama keluarga mangsa. 


Kes yang popular adalah anak tidak mahu jenguk ibu bapa atau benci kepada ibu bapa. Atau kes suami abai isteri dari aspek nafkah lari tinggal isteri. Kes ini saya rawat cara jauh kaedah doa, wirid dan amalan beberapa minggu. PIhak keluarga juga akan saya berikana amalan dan disaran bersolat hajat juga. Kebanyakan mangsa atau pesakit akan mulai wasap famili atau mula membuka block pada telefonnya tanda mereka telah kendur. 


Kes kedua adalah kes kerasukan di mana si isteri atau anak ini berSAKA atau dipuja dengan sihir sehingga mereka meninggalkan keluarga begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Kes ini selalunya memang akibat gangguan jin dan adakala ianya akinat kemurungan. Satu kes di Negeri Sembilan, seorang isteri keturunan bomoh, ia akan hilang beberapa bulan selang setahun dan wasap/smsnya akan bertukar menulis dengan gaya bahasa yang bukan dirinya kepada suaminya. selepas dirawat beberapa hari cara jauh dan keluarganya turut melakukan amalan dengan tekun, jin saka merasuki si anak dan mengatakan tolong jangan teruskan rawatan dan emreka akan kembalikan isterinya. Selepas beberapa minggu mangsa dijumpai di Kuala Lumpur dan mengaku tidak ingat langsung bagaimana beliau boleh berada disitu. Kes ini tidak dilapor polis kerana 'menjadi bahan jenaka' kerana kerap kali berlaku. Dan kita tidak boleh salahkan pihak berkuasa. 



Kes jenis seterusnya adalah isteri hilang dengan anak-anak dan dipakat dengan keluarga mertua yang memusuhi si suanmi (menantu) mereka itu. Kes ini adalah satu pakatan manusia yang cuba membuat sabotaj dalam keluarga ini. Si isteri mungkin disihir pihak tertentu untuk meninggalkan suaminya tetapi pakatan keluarga yang menghilangkan hunbungan bapa dengasn isteri dan anak itu adalah salah dan perlu dilapor juga kepada pihgak berkuasa. Walaupun mungkin akan diusashakan secara rawatan doa, tetapi kes perlu direkod untuk susulan jika melibatkan mahkamah syariah kelak. 


Kes yang seterusnya adalah kes  wanita atau leaki yang angau lari meninggalkan pasangannya kerana mengikut cinta barunya. Samada ada unsur sihir atau tiada ia elok dirawat segera kaedah doa kerana duduk sahaja tanpa usaha lebih buruk akibatnya. Selalunya kes ini akan ada perubahan dan jika ada unsur sihir lebih cepat kesannya dalam rawatan kes sebegini. 


Apa pun masalah kita, kita tidak boleh lari daripada memandang sebab musababnya daripada Allah semata-mata. Banyakkan mengkoreksi diri.  Lantas itu jangan kita tinggalkan mendekatkan diri kepada Allah, kerana ahli keluarga yang meninggalkan kita mungkin ada kaitan dengan dosa, salah silap dan kelemahan diri kita. 


Teruskan berusaha.

Muallij Nuruddin

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat