Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, June 23, 2020

TIPS UNTUK PESAKIT SAYA


Saya memang akan beri banyak amalan wirid danbacaan ayat ayat doa untuk pesakit saya sama ada rawatan berdepan atau secara jarak jauh.

Anda boleh kreatifkan untuk penyediaan:

  1. Air penawar
  2. Bahan mandian
  3. Bahan pemagaran
Caranya adalah sediakan air minuman 1.5 liter minima atau seeloknya 5 liter, limau nipis 15 biji, garam halus 1atau  2 kilo, cuka sebotol.

Buka bahan-bahan ini di hadapan anda bukan semua penutup.

Bacakan Fatihah 1x, 3 qul. Baca semua wirid yang saya ajarkan, hembus pada bahan ini. Boleh juga ditambah dengan bacaan Yasin.

Air Penawar : diminum 3 gelas minima.

Mandian : ambil 3 biji limau perah dalam satu baldi campurkan air paip. Campurkan segenggam, garam. Gaulkan, niat dan mandi sehari sekali seeolknya waktu petang. Mandi hari hari. 

Pemagaran: Tabur garam keliling luar rumah atau penuuru rumah atau atas bumbung. Cuka itu bancuh dengan air dalam alat penyembur air (sukatannya suku cawan cuka + sebekas air alat penyembur) dan sembur dalam rumah setiap malam. Seeloknya arah lawan jam. Sembur hari hari hari. 



Kaedah ini boleh diulang buat jika barang habis. Untuk air penawar, boleh diulang baca setiap malam, lagi banyak anda  wirid pada air itu lagi kuat tenaga penyembuhan Insya Allah. Kurang sahaja  air, top up lagi dan baca lagi. 

LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH....

Muallij Nuruddin
0176291368

KENAPA PERLU RAWATAN JARAK JAUH?


KENAPA PERLU RAWATAN JARAK JAUH?

" Ustaz duduk di bandar Puteri Jayakan? saya duduk di Bandar Astana jee...tak perlu jarak jauh ustaz saya boleh mai ke rumah....."

Ini antara komentar pesakit saya semasa saya tawarkan rawata jauh bagi kes mereka.

Mengapa perlu rawatan jarak jauh? Pesakit jarak jauh saya kini seluruh negara, Singapura dan Brunei.Ada juga kes rawat jauh adalah jiran belakang rumah saya dan jiran sebelah rumah saya sahaja. Eh kenapa pula mereka ni??

Kaedah rawatan jarak jauh saya bukan kerana pesakit duduk jauh...tetapi kerana saya rawat kes mereka lebih dari 10 hari pada setiap malam. Ada kes saya buat 20 malam, 30 malam dan ada 40 malam malah ada yang 2 bulan bagi kes emosi, gila, autisme.

Kenapa perlu masa yang panjang?
Kerana saya menggunakan kaedah doa, wirid, solat hajat, selawat. kaedah ini memohon bantuan Allah. Adakah mungkin dengan sehari dua berdoa akan sembuh??
Saya juga akan beri amalan khas kepada pesakit dan mereka akan laksanakan amalan itu di bawah pantauan saya. Kesan dan reaksi mereka akan saya konsultasikan setiap hari.

Adalah mustahil mereka boleh hadir ke rumah saya selama 20 hari pada tiap malam kan?

Kes yang sesuai bagi rawatan jarak jauh:


  1. Pemusnahan dan pembunuhan saka.
  2. Sihir puja yang melibatkan berbalas serangan bomoh. (jika rawat sekali dua, pesakit selalunya akan menjadi lauk diseksa bomoh yang membalas serangan selepas kita merawat sekali dua itu)
  3. Kes sihir rumahtangga (kes ini rumit sebab melibatkan sikap dan emosi)
  4. Kes orang hilang atau tidak balik rumah
  5. Kes toyol
  6. Kes busung dan santau yang BERULANG KALI KENA
  7. Kes jodoh dan kerezkian, sial, dibuli, masalah niaga.
  8. Kes ketagihan dadah
  9. Kes baran dan emosi (tanpa jin)
  10. Kes autism, skizo,mental.



Inilah kes yang banyak saya rawat sekarang...bagi sihir bomoh akan berbalas serangan kepada pesakit jadi dalam tempoh 20-30 hari selalunya bomoh akan serender akibat amalan perawat dan pesakit yang konsisten.
Bagi kes saka selalunya saka akan musnah dalam tempoh 20-30 hari rawatan. Insya Allah.

Bagi kes rawatan ke rumah yang tiada mahram atau rawatan tanah, rumah, kesai, sekolah  yang ingin dipagar terlalu luas dan besar, boleh diusaha cara jauh juga. Juga sesuai bagi rawatan ini adalah merawat pasangan kita yang enggan dan degil untuk durawat (manusia jenis tidak mengaku sakit).

Jadi inilah penjelasan saya.

Muallij Nuruddin (Muallij Sungai Petani)
0176291368

TAKUT RAWATAN BERTEMBUNG?


RAWATAN BERTEMBUNG?

"Ustaz saya tangguh dulu rancangan merawat dengan ustaz ya sebab perawat yang sedang rawat sekarang kata takut bertembung."

Baik, dalam  tulisan ini saya akan jelaskan apa maksud pertembungan rawatan.

Apakah konsep rawatan Islam? Rawatan Islam adalah berkonsepkan sumber daripada Allah Taala. Wasilahnya adalah:
Doa, bacaan al Quran, solat hajat, wirid yang panjang, asmak-asmak, hizib-hizib, selawat perawatan yang dibaca untuk meraih simpati dan bantuan daripada Allah Taala.

Jika
Perawat A = guna cara doa dan al quran seperti di atas
Perawat B = guna jin
Perawat C = guna aura metafizik

Perawat A dan C tidak akan bertembung kerana metafizik sumbernya alam dan tenaga alam dan alam itu ciptaan ALlah dan anugerah Allah.

Perawat B akan bermasalah dengan Perawat C dan A kerana meggunakan jin. Jin yang diarah untuk membantu perawatan perawat B akan terserang oleh perawat A yang mendoakan penghapusan semua jin dan syaitan, manakala ia juga terkesan dengan perawat C yang menggunakankan aura metafizik kerana Jin fasiq akan bermasalah dengan aura positif.

Jadi jika ada perawat memarahi pesakitnya mendapatkan rawatan dengan perawat lain semasa dia melaksanakan kerjanya keberangkalian ia menggunakan benda terlarang adalah tinggi.

Kita digalakkan berikhtiar dengan banyak kaedah dan cara atas konsep usaha kerana sakit dan masalah kita adalah ujian dari Allah.

Ada pesakit yang berusaha begini:

  1. Beruqyah dengan perawat secara berdepan
  2. Mengambil barang ruyqyah di pasaran
  3. Mengambil air penawar dari imam masjid
  4. Mendapatkan bantuan perawat kaedah jarak jauh
  5. Mengupah maahad tahfiz membacakan doa dan yasin setiap minggu kepadanya untuk kesembuhan
  6. Memberi sedekah secara mingguan di tempat fakir miskin


Inilah konsep ikhtiar yang baik.... tiada pertembungan... kerana semua usaha di atas menggunakan al Quran, doa, wirid dan sumbernya Allah Taala. sahaja.

Yang menjadi masalah jika perawat menggunakan jin, memang ia akan risaukan keselamatan jin belaannya....

Pada saya perawat jarak dekat dan jauh, tiada kes yang mustahil bagi saya...tiada kes yang saya anggap tidakmampu diselesaikan...sebab saya mohon pada Allah....bukan saya yang bertempur dengan jin serta bomoh itu, sebaliknya  Allah dan tenteraNYa yang bertempur...

LAA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH...

Muallij Sungai Petani (Nuruddin)
017 6291368

PENGIJAZAHAN ISIM YASIN JABARUT

PENGIJAZAHAN ISIM YASIN JABARUT

Satu keilmuan berasas ayat surah Yasin yang bersifat defensif dan ofensif serta beraura panas.
Antara amalan wajib saya dalam perawatan jarak jauh.
Antara khasitanya Insya Allah:


  1. Pemagaran jarak jauh bagi kediaman, tanah atau individu.
  2. Perawatan musnah sihir dan saka yang ampuh.
  3. Boleh meraih ramai murid dan anak didik (mudah mendidik) dalam keilmuan yang kita ada samada ilmu agama, ilmu dunia, ilmu hikmah atau akademik.
  4. Boleh maraih ramai kawan dan jamaah.
  5. Memusnah jin yang degil dan kebal
  6. Tenaga kerezkian.
  7. Ilmu penunduk yang ampuh.
  8. Membuat isi pada cincing, tasbih, kenderaan.
Mahar tahap murid RM 159
Mahar tahap guru RM 235

Nota PDF disediakan dan pengijzahan akan diajar melalui wasap.
017 6291368

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat