Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, June 23, 2020

TAKUT RAWATAN BERTEMBUNG?


RAWATAN BERTEMBUNG?

"Ustaz saya tangguh dulu rancangan merawat dengan ustaz ya sebab perawat yang sedang rawat sekarang kata takut bertembung."

Baik, dalam  tulisan ini saya akan jelaskan apa maksud pertembungan rawatan.

Apakah konsep rawatan Islam? Rawatan Islam adalah berkonsepkan sumber daripada Allah Taala. Wasilahnya adalah:
Doa, bacaan al Quran, solat hajat, wirid yang panjang, asmak-asmak, hizib-hizib, selawat perawatan yang dibaca untuk meraih simpati dan bantuan daripada Allah Taala.

Jika
Perawat A = guna cara doa dan al quran seperti di atas
Perawat B = guna jin
Perawat C = guna aura metafizik

Perawat A dan C tidak akan bertembung kerana metafizik sumbernya alam dan tenaga alam dan alam itu ciptaan ALlah dan anugerah Allah.

Perawat B akan bermasalah dengan Perawat C dan A kerana meggunakan jin. Jin yang diarah untuk membantu perawatan perawat B akan terserang oleh perawat A yang mendoakan penghapusan semua jin dan syaitan, manakala ia juga terkesan dengan perawat C yang menggunakankan aura metafizik kerana Jin fasiq akan bermasalah dengan aura positif.

Jadi jika ada perawat memarahi pesakitnya mendapatkan rawatan dengan perawat lain semasa dia melaksanakan kerjanya keberangkalian ia menggunakan benda terlarang adalah tinggi.

Kita digalakkan berikhtiar dengan banyak kaedah dan cara atas konsep usaha kerana sakit dan masalah kita adalah ujian dari Allah.

Ada pesakit yang berusaha begini:

  1. Beruqyah dengan perawat secara berdepan
  2. Mengambil barang ruyqyah di pasaran
  3. Mengambil air penawar dari imam masjid
  4. Mendapatkan bantuan perawat kaedah jarak jauh
  5. Mengupah maahad tahfiz membacakan doa dan yasin setiap minggu kepadanya untuk kesembuhan
  6. Memberi sedekah secara mingguan di tempat fakir miskin


Inilah konsep ikhtiar yang baik.... tiada pertembungan... kerana semua usaha di atas menggunakan al Quran, doa, wirid dan sumbernya Allah Taala. sahaja.

Yang menjadi masalah jika perawat menggunakan jin, memang ia akan risaukan keselamatan jin belaannya....

Pada saya perawat jarak dekat dan jauh, tiada kes yang mustahil bagi saya...tiada kes yang saya anggap tidakmampu diselesaikan...sebab saya mohon pada Allah....bukan saya yang bertempur dengan jin serta bomoh itu, sebaliknya  Allah dan tenteraNYa yang bertempur...

LAA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH...

Muallij Sungai Petani (Nuruddin)
017 6291368

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat