Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Saturday, February 19, 2022

REAKSI RAWATAN SIHIR RUMAHTANGGA

 Terlalu banyak


reaksi pasangan yg dirawat sihir pemisah. Saya suka tulis berdasarkan pengalaman dan feed back pesakit bukan teori buku buku atau web rawatan.

Sihir pemisah kadangkala digabung dengan minyak dagu, sihir penyakit (dihantar kepada pasangan target), digabung sihir nasi kangkang atau benda kotor jika target dah ada dalam tawanan.
Sihir pemisah ada yang dibuat sekadar suka suka, ingin ada pecinta luar atau kekasih saja saja. Tetapi ada yang dibuat untuk tawan terus target simpan dalam rumah. Yang ini kes paling berat sebab target akan makan makanan sediaan penyihir setiap hari.
Dalam pengalaman saya, saya perlukan kerjasama pasangan target itu (misalnya si suami atau isteri yang mengadu) untuk membuat amalan dan tindakan untuk tarik balik target dari rumah penyihir.
Antara aduan target selepas berjaya keluar atau separuh sedar dari sihir:
Mengaku yang selama ini tidak nampak jalan balik rumah.
Mengaku sakit dan busuk sangat semasa buat hubungan seks dengan pasangan halalnya.
Ada halangan masa hubungan kelamin misalnya ada daging block dalam kemaluan isteri.
Mengaku hanya tenang bila hisap rokok, minum kopi, pakai baju atau sentuh baju si penyihir.
Mengaku rasa nak lari dari penyihir tetapi akan sakit jantung jika niat nak lari.
Keluar suara si penyihir memaki hamun pasangan jika semasa itu pasangan halal buat amalan atau saya mula buat wirid amalan. Kadang keluar loghat atau suara bahasa asing.
Target biasanya jadi lemah, penat, kerap tidur kerana berlawan emosi normal dengan emosi dari sihir.
Saya kerap kena yakinkan kepada pasangan itu bahawa jangan membenci pasangan anda yang buat onar dgn orang luar kerana mereka adalah mangsa sihir. Berusahalah berubat dan buat amalan.
Bagi kes berbalas dengan bomoh kepada pasangan ini saya akan buat beberapa pekara dalam tempoh 10-20 hari rawat.
Pertama beri amalan cuci dosa, istighfar dll kepada mereka buat niat atas nama pasangan mereka yang disihir sama. Sambil dirawat bersihkan mereka dahulu kerana merekalah yg boleh bantu untuk sembuhkan pasangan mereka yang tak sedar diri itu. Pasangan yang buat amalan akan reaksi macam-macam jika penyihir tanam sihir penyakit kepada pasangan ini. Masa ini selalu si penyihir dan start marah dan ada yang wasap sms memaki si pasangan ini sebab berubat.
Kedua cuci rumah dari tenaga sihir kaedah garam,air, cuka dll, petua diberi dan diajar. Ini penting kerana penyihir selalunya dan install syaitannya di segenap penjuru rumah. Pasangan kerap akan nampak kelibat lembaga dll.
Ketiga wirid serang penyihir dan bomoh. Selalunya kita menang sebab kita ada Allah.... Yang tak yakin menang sebab aqidah keyakinan bermasalah. Ada yang menganggap perawat Islam boleh buat mcm magic sebab mereka banyak tengok cerita hantu. Konsep kita doa dan tawakal.
Sihir pemisah tidak semua diiringi minyak dagu dan sihir penyakit sebab ada yang dibuat oleh pihak yang sekadar ingin lihat penceraian berlaku, misalnya kes nikah tanpa restu dll. Ada ibu bapa juga yang tergamak sihir anak agar ceraikan menantu mereka. Ini realiti. Moga Allah bantu kita selalu....
Muallij Sungai Petani.

Saturday, January 29, 2022

PENGIJAZAHAN DUA ILMU SELAWAT PEMISAHAN



Bismillah....
Saya ingin membuka pengijazahan secara jarak jauh bagi dua selawat khas yang digunakan khas untuk:

Memutus ketagihan benda terlarang (dadah/seks/LGBT)

Memisah pasangan haram (zina LGBT)

Memutus usaha jahat musuh

Memutus sihir dan saka

Menarik kerezkian dan keberkatan

Ini antara ilmu dan amalan yang saya gunakan dalam rawatan jarak jau saya untuk kes ketagihan dan hubungan terlarang serta kes-kes rumahtangga. 

Nota PDF lengkap  akan diberi. Kaedah penggunaan akan diajar dan boleh diguna untuk merawat pihak lain dan ahli keluarga anda.

Mahar tahap murid RM 279 (bagi kedua dua set ilmu ini)
Mahar Tahap Guru/pelepas RM 379

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat