Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, October 29, 2015

Ingin Terapi kecantikan kerana Allah- kami sedia membantu anda


Anda inginkan kecantikan kerana Allah? Untuk bakal suami (ingin melangsung perkahwinan) ingin mengekal kebahagiaan rumahtangga?

Saya sedia membantu sekadar pengetahuan saya.

Bahan asli (saya sediakan bahan atau anda beli bahan untuk saya bacakan ruqyah) - bayaran seikhlas hati memadai kos minyak, tol, penat lelah dan masa)

1) Masker ruqyah daun bidara - sifat bidara anti bakteria dan anti kulat serta memliki aroma yang baik untuk jasmani dan rohani.

2) Toner air mawar ruqyah - wangian adalah musuh utama jin, Insya Allah membantu mengelak sihir, mengurang pengaruh penyakit ain dan kejahatan manusia. Menaik seri jika diamal dengan ayat syifa.

3) Mandian aura ruqyah - kombinasi air mawar, limau, garam dan air ruqyah. membaiki aura diri, mengurang gejala sihir, jin dan gangguan. Juga untuk masalah zuriat, sihir rumah tangga.

4) Minyak zaitun ruqyah dan cuka kurma - untuk masalah kulit jasmani atau akibat gangguan.


Syarat rawatan naik seri, terapi diri:

1) Ikhlas untuk Allah, semuanya kerana Allah bukan untuk tabarruj (melampau berhias) dan melakukan maksiat.

2) Di amal dengan bacaan ayat shifa setiap kali beramal serta selepas solat.

3) Tidak meninggal amalan wajib syariat Islam.

4) Faham bahawa Allah yang menyenbuh bukannya kesembuhan pada daun, mawar dan  garam. 

5) Berbekam jika belum melaksana sunnah kesihatan utama ini.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017-6291368
012-5296690
Pusat Rawatan Darul Muallij (P.Pinang)

Hubungi Pusat Rawatan darul Muallij (P.Pinang)


Saya beramal dengan daun bidara setiap hari


Saya beramal minum air kisar daun bidara + air ruqyah penuh + sedikit garam sejak terlibat dalam amalan muallij.

Malah isteri saya juga mengambil 2 gelas air bidara setiap hari.

Selepas rawatan selalunya badan jadi lenguh, sakit akibat aura jahat para jin atau penat selepas merawat lewat malam, maka air ini mampu memberi kesegaran.

Selain itu sejurus selepas merawat saya akan akan mandi air daun kisar dengan sedikit garam juga.

Khasiat daun ini bukan sekadar membantu memperkuat kesan ruqyah ia juga mampu memberi kesan jasmani, khasiat seperti herba-herba lain.

Jika anak tidak sihat selain diberi ubat, juga akan dijelum, dilap dengan air bidara ruqyah.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017-6291368




Dapatkan buku rujukan utama perawatan Islam antarabangsa


Sunday, October 25, 2015

Dalam rawatan ada dakwah - kes restoren


Semasa saya diminta memagar kawasan sebuah restoren tom yam di Pulau Pinang saya dimaklumkan kedai dikatakan kelihatan makhluk yang tidak diingini... hasil jualan juga amat merosot dan terjumpa seluar dalam di hadapan kedai. Mungkin ia kegiatan budak nakal dan gangguan mungkin hanya makhluk nakal....

Bila sampai pada jam 8 pagi, terjumpa pekerja kedai berkenaan..

" Kami nak scan..nak tau berapa ekor ada..bukan pagar kami mau..kami nak scan..." katanya serius.

Saya diam sahaja sambil meminta berjumpa tuan kedai.

Dijelaskan di hadapan tuan kedai:

1) saya bukan penilik dan tidak mampu scan, saya tiada deria ketujuh atau kelapan untuk lihat jin...

2) Garam kasar dan sebaldi air akan dibaca suraf as soffat ayat 1-10 sebanyak 7 kali untuk disembur seluruh kedai

3) Tuan kedai kena jaga kebersihan kedai, pampers, sampah di rumah pekerja belakang pelru dibuang jangan dilonggok kerana jin suka benda kotor.

4) Tutup lagu joget/dangdut pasang ayat ruqyah 3 kali sehari (kedai ada speaker menyeluruh), jika ingin buka lagu lain hanya buka radio biasa sahaja.

5) Pekerja semua kena buang wafaq atau azimat jika ada simpan, terselit.

6) Tuan kedai kena baca Surah fill dan niatkan batal perancangan jahat ke kedai dan ulang 7 kali pagi dan malam.

7) Tuan Kedai kena ceriakan kedai dengan kebersihan dan pencahayaan yang baik.

Pekerja yang mendengar syarahan saya terdiam... mungkin baru faham saya bukan bomoh...

Dalam merawat dan bermuallij, juga ada peluang dakwah... educate pesakit/pelanggan anda..jangan hanya rawat. Rawatan terbaik ada modifikasi kehidupan pesakit ke arah memahami erti khalifatul ard sejati.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017-6291368

Silat jurus kebatinan mampu 'menilik' ?


Ada seorang guru perempuan saya menceritakan bahawa semasa menyewa rumah baru mereka terdengar bunyi gendang dan serunai india di bilik air belakang.

Menyeramkan katanya... hampir setiap malam.

Si suami terus merujuk seorang guru silat jurus kebatinan Islam.... menurut guru silat berkenaan selepas bertafakur dan mulut membaca ;ayat-ayat' tertentu yang mungkin 'ayat al quran', beliau membuka mulut.

Katanya tapak belakang rumah itu dahulunya ada jin beragama Hindu menginap dan mereka sedang mengamuk...

Satu hari keluarga itu lalu ke belakang rumah yang berbukit, rupanya...

Memang ada kuil Hindu di disitu dan menurut penduduk tempatan memag selalu kuil memainkan lagu tertentu semasa sembahyang.

Silat jurus ada 'kasyaf' ??

Muallij bukan kasyaf, bukan ada maunah atau karamah, muallij hanya berdoa dan ikhtiar dengan ayat Al Quran...iu beza perawat Islam (muallij) dengan pesilat jurus kebatinan.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017 6291368

Saturday, October 24, 2015

SAKA - masalah majoriti Melayu

Seorang wanita hampir separuh abad bersama ibunya menghadapi masalah saka keluarga yang telah mereka maklumi kewujudannya sejak sekian lama.

Gangguan dari saka menyusahkan kerana mereka sendiri kini tidak menjaga 'kebajikan' para jin berkenaan yang manja dengan tuan terdahulu. Kadangkala sakoit kaki, tangan, terdengar suara memanggil, ada ahli keuarga ternampak susuk tubuh penjelmaan makhluk berkenaan dan selaunya panas pada badan dan sukar tidur.

rawatan yang diberikan:
Pesakit diminta bertelekung dan menutup kaki. Selepas istiqfar dan selawat mereka mengikuti saya membaca sumpah pembatalan kontrak jin saka dengan suara yang lantang.

Saya bacakan ruqyah penuh...mereka mengakui sakit dan panas pada badan tertentu.

Saya teruskan dengan bacaan qasidah burdah... ternyata jin saka panas dengan bacaan bait-bait qasidah burdah.(petua Ustaz Muhammad Zan).

Rawatan lanjut:

1) Mereka mandi dengan air bidara ruqyah dan sedikit garam ruqyah dan limau nipis. (stok mandian 7 hari)

2) Minum air bidara dan garam ruqyah (stok satu jug untuk dihabiskan sehari semalam)

3) Rendaman kaki dengan air panas + garam ruqyah. sambil renam zikir Lailahaillah wahdahu la syarikalah. (stok 7 hari)

4) Zikir Lailahaillah wahdahu la syarikalah 100 kali inima sehari

5) Zikir lailahaillah ribuan kali jika mampu

6) Dipesan agar menyediakan CD player untuk dipasang ayat ruqyah sepanjang malam.

Rawatan diulang sama sebanyak 3 kali dan kali keempat dan kelima akan menggunakan bahan alami lain serta ditambah ayat-ayat yang lebih panjang untuk diamal.

Malam pertama sekepas rawatan kelihatan positif, sakit kaki dan belakang yang menjdi rutin telah hilang sedikit demi sedikit.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017-6291368






Ruqyah dan bacaan ayat Syifa di Hospital...



Pertama kali saya dijemput membacakan ruqyah dan bacaan ayat syifa untuk pesakit di wad Hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang siang tadi...

Pesakit berusia 60 tahun mengidap masalah peparu tidak expand semasa proses pernafasan. Katanya Dr suntik steriod untuk beliau dari semasa ke semasa.

Saya bacakan ruqyah penuh termasuk ayat sihir dan sebagainya... kemudian mengulang-ulang beberapa ayat syifa' terutama ayat


Saya tuliskan ayat ini dan meminta beliau mengulang-ulang zikir ayat ini.

Juga saya ulang-ulang ayat ini.

Saya bacakan juga Yasin untuk beliau dengan tartil dan penumpuan doa di beberapa ayat. 

Kebetulan beliau pernah membeli minyak Muallij yang dikeluarkan oleh Darul Mualij dengan ramuan berasas minyak herba dan habbatus sauda beruqyah. (boleh didapati dengan harga RM 45) namun beliau tidak minum, hanya sapu di dada. Saya minta beliau titik 3 titik pada air suam dan minum pagi dan malam selain minum air bacaan Al Quran yang lain.

Saya berikan juga pandangan agar beliau mengambil rawatan urut kaki refleksi bagi titik peparu serta berbekam. saya ingankan juga agar mengambil minyak zaitun 4 sudu sehari untuk membantu penyembuhan.

Keluarga beliau kelihatan positif dengan rawatan berasas ayat Al Quran serta kelihatan berminat untuk terus beramal.

Moga beliau dianugerahkan kesihatan untuk beribadah...

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
Hubungi 017-6291368 untuk rawaan dan konsultasi Darul Muallij 



Thursday, October 22, 2015

TIPS SUPAYA PERAWAT TIDAK KENA SERANGAN JIN


TIPS SUPAYA PERAWAT TIDAK KENA SERANGAN JIN

1) Ikhlaskan diri merawat kerana Allah.Maksudnya disini kita perlu tanamkan setiap masa niat kita         merawat pesakit untuk 3 perkara,pertama kerana fardu kifayah,kedua kerana menyelamatkan               akidah umat islam dari berjumpa tukang tenung/bomoh dan ketiga ialah untuk mengembangkan         kaedah perubatan islam warisan nabi.

2) Perlu mengamalkan ayat-ayat pelindung diri tiap-tiap kali lepas solat.

3) Membaca dengan kuat ayat-ayat ruqyah semasa rawatan.

4) Pagar rumah guna ayat qursy seminggu sekali.

5) Pasang cd ruqyah dirumah SEKALI sehari (lebih afdal kalau membaca sendiri).

6) Kaedah rawatan perlu seiring sunnah 100% supaya dapat barakah sanad.

7) Jangan menelek atau memberi info-info yang tak bermanfaat bagi menyedapkan hati
     pesakit.

8) Merawat ketika benar-benar bersedia,jangan ketika terlampau penat,sibuk dsbgnya

9) Lakukan mandian seperti kita rawat pesakit sekali-sekala untuk buang tempias.

10)Berbekam sebulan sekali

Adab pemakaian pesakit wanita


Majoriti pesakit kerohanian, gangguan dan sihir adalah di kalangan wanita. Maka dengan itu jika saya melaksanakan tugasan meruqyah dan merawat saya akan meminta mereka bertelekung dan menutup kaki atau memakai stokin.

Meminimakan sentuhan dan jika perlu akan menggunakan tangan si suami atau mahramnya yang juga diwajibkan hadir di sebelah.

Sentuhan pada tapak kaki di titik refleks dengan bacaan ruqyah ternyata memberi kesan kepada jin di organ dan tubuh tertentu tanpa perlu disentuh bahagian tersebut yang diinapi Jin.

Kepada yang tidak menutup aurat, juga akan saya minta bertelakung dan perlu difahami bahawa kesembuhan mungkin menjadi sukar jika si muslim tidak menutup aurat selepas rawatan.

Bagi si bukan muslim mungkin disegerakan kesembuhan sebagai asbab mereka menerima hidayah.

Muhammad Nuruddin Bashah
017-6291368
012-5296690

SIHIR PALING POPULAR DAN DIPUJI IBLIS- PEMISAH

SIHIR PALING POPULAR DAN DIPUJI IBLIS

Mengikut para pendapat Perawat Perubatan Islam Sihir Pemisah (kerja sihir yang paling di ikhtiraf oleh Iblis) merupakan sihir yang paling TOP. Jadi sekiranya pembaca ada masalah perhubungan dalam suami isteri sila di teliti. InsyaAllah sekiranya kamu ikhlas mempertahankan kebahagian rumahtangga dan menyayangi anak-anak pasti Allah akan bukakan jalan penyelesaian.

Ada kes suami isteri hanya bercakap melalui sms sahaja walaupun serumah kerana jika bercakap bersemuka akan berbalah sehingga pukul memukul...

Ada juga memiliki simptom tambahan seperti sesak nafas, tidak boleh makan (makanan basi apabila mengambil hidangan) dan ada yang tidak mampu bekerja.




Friday, October 16, 2015

Program Kembali Kepada Allah - Isnad Tadawi

Bismillah....

Saya dengan rasa sukacita ingin menghebahkan pakej rawatan nilai Insan yang dikendali oleh Ustaz Azizul Basri Pengasas Isnad Tadawi.

Berasaskan penggunaan ayat ruqyah syariyyah, diolah untuk menaikan esteem insani, meningkatkan aura positif, membina jati diri berasaskan syariah Islam.

Mengembalikan ciri khalifah dan khaira ummah adalah ciri utama rawatan islam holistik yang bukan sekadar menfokus aspek penyembuhan jangka pendek.







Titik Refleksi berkesan untuk rawatan jasmani dan rohani



Saya diijazahkan rawatan Refleksi kaki beruqyah semasa mengambil sanad rawatan islam daripada Ustaz Azizul baru-baru ini.

Semasa merawat mangsa sihir di Hotel Holiday Inn Batu Feringgi semalam, saya ruqyah pesakit di tapak kaki mengikut mata urat refleksi dan kelihatan 'jin' sakit di bahagian tertentu yang dibaca ruqyah pada kaki.

Jika tidak mampu sentuh pesakit di bahagian dada, rahim, ketiak, guna sahaja refleksi dan bacakan ayat ruqyah dengan ijklas, khusyuk dan bersungguh-sungguh...

Insya Allah.....ada nusrah Allah..

Jika berminat urut refleksi , hubungi saya...




Penangan silat.....


Penangan silat.....

Ketika mendengar kuliah kursus rawatan Isnad Tadawi pada 14 Oktober 2015 lalu, Ustaz Azizul (pengasas) ada menceritakan bagaimana beliau dan perawat beliau bertarung dengan perempuan hanya berat 40 kg yang dirasuki jin bersilat selama 16 jam.

Apabila ditanya beliau menceritakan si perempuan itu diresapi oleh jin berkenaan semasa upacara satu silat yang menghendaki duduk/tidur  atas kain putih. Nampak biasa sahaja tiada mentera tetapi dengan iktikad tertentu maka hadirlah jin untuk bersatu....

Bila tua, nak meninggal...selalunya akan susah...keturunan juga akan terganggu.

Semasa membantu Ustaz Zan merawat di Bandar Perda, si ibu yang dirasuki kelihatannya ada beberapa suara, pertama jin kafir yang kelihaan dihantar melalui sihir, yang kedua adalah'Muhammad' iaitu jin mengaku Islam yang dihantar juga untuk membantu si Ibu.

Dipercayai jin Islam itu hadir selepas si ibu mendapat rawatan islam melalui sebuah pertubuhan silat kebatinan.

Ya, jika menruqyah secara perlahan dan merawat dengan jurus dikuatiri jin menjadi pembantu perawat. Jin islam atau jin Kafir keduanya tidak sewajarnya ada dalam badan manusia...itu bukan fitrahnya atas apa alasan sekalipun/

Boleh hubungi Darul Muallij P. Pinang di 



Pusat Rawatan Islam Darul Muallij
119B, Tingkat Bawah,
D’Piazza Mall, 11900, Bayan Baru
Pulau Pinang
Nombor Telefon : 0195671731
(Ustaz Muhammad Afzan/Ustaz Zan)
Pengasas Darul Muallij Pulau Pinang

Perawat bertauliah: Muhammad Nuruddin Bashah (017-6291368)


Pusat Rawatan Islam Darul Muallij

Darul Muallij Cawangan Kulim


(Di atas Pasar Mini Segar)
No 248 Lorong Taman Kangkong
09600 Lunas Kedah.
tel:016-2579963 Ustaz Muhammad Firdaus


Kekuatan Surah Al Qalam..nuuuun...

Semasa saya merawat (bantu Ustaz Zan) sekeluarga 4 orang di bandar Perda awal bulan Oktober 2015 jin yang merasuki si isteri tuan rumah kelihatan kuat dan kebal dengan bacaan ayat Al Quran.

Saya cuba membaca surah Al Qalam ayat 1-3 diuang dengan suara kuat/jahar dengan taranum sedih tetapi menekan...

Jin kelihatan sakit dan berkata " ayat apa ini?? aku tak pernah dengar"..

Dia sakit dan ketika itulah Ustaz Zan mengambil keputusan untuk menyiksa dengan ayat azab.

Pesakit perlu melalui beberapa siri terapi lagi memandangkan jin asyik yang menghinggapinya masih kelihatan wujud dan mengganggu kehidupan pesakit...

Mengambil sanad Ruqyah dan tauliah perawat Isnad Tadawi pada 1 Muharam

Alhamdulilah tamat kursus rawatan Islam dan Pembangunan Potensi Diri anjuran Pusat Rawatan Isnad Tadawi Kajang. 14 Oktober 2015
Penyampaian oleh pengasas Us Azizul Basri..
Sempena 1 Muharam kami diperkenal dgn mendalam hakikat kekhalifahan insan d muka bumi.
Bukan merawat sakit jd fokus,rawatlah seluruh hidup muslim agar kembali solat, memegang syariah kata Ustaz..













Jika buntu merawat...bacalah Al Anaam ayat 61

Syukur kpd Allah dpt hadapi 3 kes di balik Pulau, Bt Feringgi dan di Penang Road malam tadi. Yakin ada nusrah dariNya.
Terima ksh atas kepercayaan guru saya Ustaz Muhammad Zan (Afzan) untuk saya ringankan tugas beliau yg bakal menyambut khalifah baru..
Benar dlm Al anaam ayat 61 wayursilu alaikum hafazhah.
Yg penting amalan taqarub,zikir,solat, mualij hanya berdoa. Allahuyasyfikum..


Sunday, October 11, 2015

Rawatan Jarak Jauh di mana asasnya?



Kajian The Method of “Long Distance Treatment” in Islamic 
Treatment Centres in Malaysia: An Analysis from 
Islamic Law Perspective (Akademi Islam Universii Malaya) cantik untuk membezakan rawatan jarak jauh dengan perantara makhluk tertentu dengan rawatan melalui doa dan ayat Al Quran dari jauh. Pendek kata tiada istilah rawatan dari jauh, cuma ada mendoakan sahabat/pesakit dari jauh seperti biasa... Tidak dinafikan method ruqyah jauh ada memberi kesembuhan kerana yang menyembuh itu Allah sahaja....

Temubual dengan Tuan Guru Dr Harun Din pada tahun 2011, beliau menggunakan dalil umum.




Wednesday, October 7, 2015

Zikir Lailahaillah benteng gangguan jin dan sihir

Isnin lalu saya bersama Ustaz Zan Pusat Rawatan Darul Muallij bntu masalah gangguan makhluk yg tidak serik menjahanamkan anak Adam. Sekeluarga menderita..
Moga Allah bntu mereka dan mereka juga perlu kuat untuk terus zikir dan terima rawatan yg bebas "perantara"

Kami berpesan kepada mereka untuk istiqamah berwirid lailahaillah wahdahu la syarikalah...


Baca sebanyak mungkin...baca ribuan kali agar semua bentuk ganguan sama ada jin asyik atau sihir musnah dan hancur....

Ia adalah saranan Nabi sendiri dan ia dikenalpasti oleh ramai ulama muallij berkrsan menangani sihir dan gangguan jin.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
Jadi yang kerap ada gangguan jangan malas berzikir wirid ini demi memerangi kejahatan sihir dan jin fasiq.

Boleh hubungi Darul Muallij P. Pinang di 



Pusat Rawatan Islam Darul Muallij
119B, Tingkat Bawah,
D’Piazza Mall, 11900, Bayan Baru
Pulau Pinang
Nombor Telefon : 0195671731
(Ustaz Muhammad Afzan/Ustaz Zan)
Pengasas Darul Muallij Pulau Pinang

Darul Muallij Cawangan Kulim

Pusat Rawatan Islam Darul Muallij

(Di atas Pasar Mini Segar)
No 248 Lorong Taman Kangkong
09600 Lunas Kedah.
tel:016-2579963 Ustaz Muhammad Firdaus
Pelatih : Muhammad Nuruddin Bashah (017-6291368)

Sunday, October 4, 2015

Bekam menyukarkan tukang sihir

Petikan Kitab Tibb Nabawi (Ibnu Qayyim)
Ulama menyatakan bahawa berbekam adalah diantara cara yang berkesan dan Berjaya dalam mengubati sihir dengan dilakukannya pada tempat yang dirasakan sakit.
Ibnu Qayyim menyebut; "Dan menggunakan bekam pada tempat yang dirasai termudharat dengan sebab sihir adalah diatara perubatan yang paling bermanfaat jika digunakan dengan undang-undang yang sepatutnya" Zaddul Ma'ad 4/125.


Minyak Zaitun adalah saranan saya selepas membekam pesakit

Minyak zaitun extra virgin yg dibacakan ayat 21 al Hashr dibaca sebanyak 21 kali,dihembus perlahan, minum 2 sudu besar pg dan 2 sudu besar malam
. Ikhtiar pecah karang buah pingang dan hempedu.juga niat pecah kolesterol tambah ayat afahasibtum. Petua dari mualij Pusat Terapi As Syifa.
Saya amal masuk dua botol. Biasa minum mcm tu ja. Dah buat kat ayah,adik agar depa pun amal myk zaitun selain keberkatan ayat Allah..



Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat