Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Saturday, October 24, 2015

Ruqyah dan bacaan ayat Syifa di Hospital...



Pertama kali saya dijemput membacakan ruqyah dan bacaan ayat syifa untuk pesakit di wad Hospital Lam Wah Ee Pulau Pinang siang tadi...

Pesakit berusia 60 tahun mengidap masalah peparu tidak expand semasa proses pernafasan. Katanya Dr suntik steriod untuk beliau dari semasa ke semasa.

Saya bacakan ruqyah penuh termasuk ayat sihir dan sebagainya... kemudian mengulang-ulang beberapa ayat syifa' terutama ayat


Saya tuliskan ayat ini dan meminta beliau mengulang-ulang zikir ayat ini.

Juga saya ulang-ulang ayat ini.

Saya bacakan juga Yasin untuk beliau dengan tartil dan penumpuan doa di beberapa ayat. 

Kebetulan beliau pernah membeli minyak Muallij yang dikeluarkan oleh Darul Mualij dengan ramuan berasas minyak herba dan habbatus sauda beruqyah. (boleh didapati dengan harga RM 45) namun beliau tidak minum, hanya sapu di dada. Saya minta beliau titik 3 titik pada air suam dan minum pagi dan malam selain minum air bacaan Al Quran yang lain.

Saya berikan juga pandangan agar beliau mengambil rawatan urut kaki refleksi bagi titik peparu serta berbekam. saya ingankan juga agar mengambil minyak zaitun 4 sudu sehari untuk membantu penyembuhan.

Keluarga beliau kelihatan positif dengan rawatan berasas ayat Al Quran serta kelihatan berminat untuk terus beramal.

Moga beliau dianugerahkan kesihatan untuk beribadah...

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
Hubungi 017-6291368 untuk rawaan dan konsultasi Darul Muallij 



No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat