Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Sunday, October 25, 2015

Dalam rawatan ada dakwah - kes restoren


Semasa saya diminta memagar kawasan sebuah restoren tom yam di Pulau Pinang saya dimaklumkan kedai dikatakan kelihatan makhluk yang tidak diingini... hasil jualan juga amat merosot dan terjumpa seluar dalam di hadapan kedai. Mungkin ia kegiatan budak nakal dan gangguan mungkin hanya makhluk nakal....

Bila sampai pada jam 8 pagi, terjumpa pekerja kedai berkenaan..

" Kami nak scan..nak tau berapa ekor ada..bukan pagar kami mau..kami nak scan..." katanya serius.

Saya diam sahaja sambil meminta berjumpa tuan kedai.

Dijelaskan di hadapan tuan kedai:

1) saya bukan penilik dan tidak mampu scan, saya tiada deria ketujuh atau kelapan untuk lihat jin...

2) Garam kasar dan sebaldi air akan dibaca suraf as soffat ayat 1-10 sebanyak 7 kali untuk disembur seluruh kedai

3) Tuan kedai kena jaga kebersihan kedai, pampers, sampah di rumah pekerja belakang pelru dibuang jangan dilonggok kerana jin suka benda kotor.

4) Tutup lagu joget/dangdut pasang ayat ruqyah 3 kali sehari (kedai ada speaker menyeluruh), jika ingin buka lagu lain hanya buka radio biasa sahaja.

5) Pekerja semua kena buang wafaq atau azimat jika ada simpan, terselit.

6) Tuan kedai kena baca Surah fill dan niatkan batal perancangan jahat ke kedai dan ulang 7 kali pagi dan malam.

7) Tuan Kedai kena ceriakan kedai dengan kebersihan dan pencahayaan yang baik.

Pekerja yang mendengar syarahan saya terdiam... mungkin baru faham saya bukan bomoh...

Dalam merawat dan bermuallij, juga ada peluang dakwah... educate pesakit/pelanggan anda..jangan hanya rawat. Rawatan terbaik ada modifikasi kehidupan pesakit ke arah memahami erti khalifatul ard sejati.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017-6291368

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat