Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, October 29, 2015

Saya beramal dengan daun bidara setiap hari


Saya beramal minum air kisar daun bidara + air ruqyah penuh + sedikit garam sejak terlibat dalam amalan muallij.

Malah isteri saya juga mengambil 2 gelas air bidara setiap hari.

Selepas rawatan selalunya badan jadi lenguh, sakit akibat aura jahat para jin atau penat selepas merawat lewat malam, maka air ini mampu memberi kesegaran.

Selain itu sejurus selepas merawat saya akan akan mandi air daun kisar dengan sedikit garam juga.

Khasiat daun ini bukan sekadar membantu memperkuat kesan ruqyah ia juga mampu memberi kesan jasmani, khasiat seperti herba-herba lain.

Jika anak tidak sihat selain diberi ubat, juga akan dijelum, dilap dengan air bidara ruqyah.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017-6291368




No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat