Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Sunday, August 28, 2016

JADUAL KHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS


*JADUAL KHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS*
1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)
- _mandi dan ambil wuduk_
2. solat sunat wuduk.
3. solat sunat taubat.
4. solat sunat tahajjud
( _8 rakaat_).
5. solat sunat hajat ( _mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak_ ).
6. solat sunat witir 3 rakaat.
7. istighfr 100x
8. tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. tasbih 40x
11. solat sunat fajar.
12. solat subuh.
13. baca yaassin lepas subuh.
14. solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_
16.Solat Asar
- _solat sunat sebelum_
17. Solat maghrib
- _solat sunat selepas_
18. Solat Isya'
- _solat sunat sebelum_
- _solat sunat selepas_
19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- _surah Al-mulk_
- _surah sajjadah_
- _surah al-waqiah_
20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
*“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."*
[ustaz Ismail Kamus]

Sunday, August 21, 2016

RAWATAN SUSULAN UNTUK SIHIR DAN SAKA DEGIL.

Pertamanya, Ruqyah adalah wajib. untuk kes degil saya syorkan:

1) ruqyah panjang 3-5 kali sesi ( saya jarang ruqyah kurang 45 minit, kadang ada yang mencecah 2 jam)

2) berbekam untuk buang darah kotor rumah utama jin ( lelaki sy buat,wanita contact 0125296690 Puan Wardah) Rm 50-70

3) Pakai kasturi hitam ruqyah (tempat khas akan diajar) Rm 20

4)Dapatkan buku panduan ruqyah sendiri. Ayat ayat khas, cara amal,zikir akan diajar. Rm 20

Muallij Nuruddin
0176291368







Mengapa Anda Tidak Sembuh Walau Di Ruqyah

Gangguan Jin: Mengapa Anda Tidak Sembuh Walau Di Ruqyah?
 16/12/2015

 Ustaz Abdullah Idris


Sepanjang lima tahun saya terlibat dalam bidang rawatan ruqyah untuk gangguan jin, ramai juga pesakit saya yang datang berulang kali untuk mendapatkan rawatan susulan dari saya.

Ada sesetengah dari mereka, yang saya perasan walaupun sudah berulang kali diruqyah, tetapi gejala-gejala yang menunjukkan gangguan jin masih tidak berkurang. Apa yang tidak kena?

Mungkin perkara yang sama juga berlaku kepada anda. Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda sebab-sebab yang menghalang gangguan jin yang anda alami dari sembuh. Mana tahu, selepas membaca artikel ini dan anda melakukan apa yang saya sarankan, inshaa Allah gangguan jin yang anda hadapi sembuh dengan izin Allah.


UJIAN ATAU TEGURAN?

Di dalam hidup kita ini, tidak dapat dinafikan, semua orang akan dilanda musibah dalam hidupnya. Sedar atau tidak, gangguan jin ini juga sebenarnya merupakan suatu musibah yang dikenakan ke atas kita. Kita ketepikan dulu persoalan mengapa gangguan jin yang kita hadapi tak sembuh-sembuh walaupun berulang kali kita melakukan terapi ruqyah.

Apa yang lebih penting untuk kita fikirkan ialah apakah musibah berupa gangguan jin ini merupakan satu ujian atau teguran dari Allah kepada kita?

Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana nak tahu perbezaan antara ujian dan juga teguran?

Mudah sebenarnya untuk kita membezakan diantara ujian dan juga musibah. Ujian ini biasanya diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang soleh dan benar-benar bertaqwa kepada Allah. Dan ujian yang diberikan oleh Allah itu pula akan menjadikan iman mereka semakin bertambah.

Manakala musibah pula biasanya ditimpakan kepada mereka yang cara hidupnya jauh dari kehidupan beragama. Jadi, musibah yang Allah turunkan kepadanya adalah sebagai teguran, untuk memperingatkan bahawa dia semakin jauh dari Allah.

Ada musibah yang bila Allah turunkan pada seseorang akan dapat menyedarkannya, dan ada sesetengahnya pula tidak memberikan apa-apa kesan kepada manusia tersebut.

Baik, kita kembali kepada persoalan asal. Mengapa gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh?

Untuk memudahkan anda memahami jawapan saya, saya bawakan satu kisah tentang pesakit saya. Kisah ini dari pengalaman saya sendiri merawat pesakit tersebut.

Kisah ini berkaitan dengan seorang pesakit saya di mana saya memang mengenalinya. Beliau seorang pemuda yang hampir mencapai usia 20 an. Sebelum terkena gangguan jin, kehidupan beliau agak liar. Tak perlulah saya ceritakan liar yang macam mana.

Tapi selepas beliau terkena gangguan jin, dan berubat dengan saya, alhamdulillah beliau berubah dengan izin Allah. Bagi saya berubah 100%. Sekarang ini pun saya kerap berjumpa dengan beliau. Rajin solat berjemaah di masjid, menjadi anak yang taat dan dengar cakap ibu dan ayah. Dan sekarang sedang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang syariah.

Dan yang paling mengejutkan ialah, apabila beliau berubah sedemikian rupa, gangguan jin yang beliau alami juga sembuh. Ibunya rajin datang ke tempat saya merawat. Saya selalu bertanyakan tentang anaknya yang satu ini. Ibunya mengatakan memang anaknya dah tiada gangguan jin, dan sikapnya pun dah berubah.

Bahkan paling mengejutkan saya, ibunya rasa bersyukur apabila Allah menurunkan musibah berupa gangguan jin kepada anaknya. Kerana dengan sebab gangguan tersebutlah, anaknya akhirnya berubah dengan izin Allah.

Jadi dari kisah di atas, apa yang dapat anda fahamkan?

Sebenarnya, kadang-kadang gangguan jin yang kita alami tak sembuh-sembuh, bukanlah kerana kita tersilap tempat merawat, atau bukan kerana kaedah ruqyah tidak betul, tetapi kerana kita tak sedar yang Allah menegur kita. Allah nak kita berubah dari yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tetapi kita masih belum berubah.

Apabila kita masih tidak berubah, sebab itulah Allah tidak sembuhkan masalah yang anda alami. Walaupun dah banyak tempat kita pergi dapatkan rawatan ruqyah, masih belum dapat kesembuhan.

Satu lagi sebabnya ialah kita bersangka buruk dengan Allah. Kita tidak berlapang dada dan redha dengan apa yang timpakan ke atas kita. Contohnya, apabila Allah timpakan kepada kita musibah berupa gangguan jin, kita bersangka buruk dengan Allah. Kita tidak redha dan rasa marah dengan takdir.

Jadi, mari kita muhasabah semula diri kita. Mungkin ada perkara-perkara yang kita belum ubah yang menghalang kita untuk mendapat kesembuhan dari Allah. Semoga dengan perubahan yang kita lakukan nanti, Allah akan menyembuhkan gangguan jin yan ada di dalam diri, inshaa Allah.

4 Sebab Lambat Sembuh Dari Gangguan Jin

Ramai pesakit-pesakit saya yang mengalami gangguan jin bertanya kepada saya, mengapa mereka masih tak sembuh walaupun dah buat rawatan. Adakah anda juga mempunyai persoalan yang sama? Di dalam artikel kali ini saya kongsikan 4 sebab mengapa anda lambat sembuh.

1) Pesakit terlalu beriktikad pada perawat bahawa perawat mampu menyembuhkan gangguan jin yang dialami pesakit. Perlu diingat,perawat tiada kuasa langsung dalam menyembuhkan sebarang penyakit,hanya ALLAH SWT yang mempunyai kuasa mutlak dalam penyembuhan.Tugas perawat hanyalah sebagai tukang doa,dan tak lebih dari itu pun. Pesakit perlu betulkan iktikad bahawa hanya Allah SWT mampu memberi kesembuhan dan berjumpa dengan perawat hanyalah sebagai satu usaha dan ikhtiar.
2) Pesakit tidak melakukan sebarang rawatan susulan. Disini pesakit hanya datang dengan sekali sahaja berjumpa perawat. Senario orang melayu di Malaysia ni bila berubat, hanya datang sekali sahaja dan minta terus sembuh. Sedangkan gangguan yang dialami ada yang dah bertahun-tahun. Perlu diingat rawatan susulan amat-amat penting, kerana jin juga bersifat “self healing”, dimana jin akan sembuh dengan sendirinya akibat serangan perawat terdahulu jika tiada rawatan susulan.
3) Pesakit suka bertukar-tukar jumpa perawat. Disini senarionya, dengan hanya sekali pergi berjumpa perawat dan pesakit pula tidak sembuh-sembuh, dengan serta merta pesakit berjumpa dengan perawat yang lain tanpa menerima rawatan susulan dari perawat terdahulu. Saya mencadangkan pesakit perlu membuat minimum tiga kali rawatan susulan pada satu-satu perawatdemi mengelakkan bercampurnya kaedah-kaedah rawatan.
4) Pesakit agak malas beramal dan duduk goyang kaki kat rumah. Sejurus menerima rawatan dari perawat, pesakit perlulah beramal ayat-ayat pagar diri tiap-tiap lepas solat secara istiqomah. Ini penting bagi mengelakkan jin gangguan terdahulu memasuki semula jasad pesakit.
(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris.) 

Thursday, August 18, 2016

BUANG NAJIS YANG TERLALU BERBAU SELEPAS RAWATAN

Semasa merawat kali kedua seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang kerap diganggu, sakit badan misteri, sesak nafas, antara kesan rawatan ruqyah, minum air ruqyah bercampur sireh adalah beliau mengadu buang najis dan angin kentut yang busuk melebihi kebiasaan.

Bagi yang tidak pernah sakit menganggap tulisan ini suatu jenaka atau manipulasi untuk bisnes.



Itu antara tanda gangguan beransur hilang.

Tanda lain:

1) Rasa lega badan yang sakit

2) Cirit selama sehari

3) Kulit mengelupas tanpa sebab

4) Buang najis dan kentut yang amat busuk

5) Peluh berbau busuk luar kebiasaan

6) Muntah, lendir, kahak yang banyak

7) Rasa keluar angin busuk dari tekak

Hubung:

Muallij Nuruddin ( 017 6291368)

ANAK ANDA KENA PENYAKIT GATAL YANG PELIK ... RUQYAH SEGERA


Jika anak atau anda sendiri menghidapi gatal yang pelik...

Gatal terutama waktu asar dan maghrib...

Penyakit kulit yang pelik....

Datanglah mendapatkan rawatan ruqyah Al Quran (selain anda dapatkan juga rawatan klinikal dan herba)

Jangan tangguh hingga anak kesayangan anda menderita

Hubungi :

Muallij Nuruddin ( 017 6291368 / 012 5296690)

Tuesday, August 16, 2016

BEKAM STROK ANTARA YANG RAWATAN MUJARAB


Tahukah anda berbekam di titik tertentu mampu menyembuhkan strok. 

bagi yang ada masalah darah tinggi dan kolesterol tidak terkawal, rajinlah berbekam untuk mengelak strok ya.

Hubungi : 
Nuruddin (017 6291368)
Puan Wardah (012 5296690/ pembekam wanita)


SAKIT KEPALA? BEKAM SELESAI...



Saya selaku pembekam juga merasai nikmatnya berbekam di atas kepala.

1) Hilang sakit kepala

2) dahulu tiap minggu ambil panadol

3) Kerap pening tengahari, waktu panas.

Ahamdulillah semua ini lega selepas berbekam (dibekam oleh isteri saya)

Ingin rasa? 

Nuruddin ( 017 6291368)

Puan Wardah (012 5296690/pembekam wanita)




RAWATAN KETAGIHAN DADAH/KETUM


RAWATAN KETAGIHAN DADAH/KETUM

Sesi pertama (RM 65)


  1. Sediakan 3 botol air mineral 1.5 litre
  2. Sireh 7 helai
  3. Sebuah jug
  4. Satu besen kecil

(Minyak syifa diberikan selagi ada stok)

Ayat amalan : Surah fatihah 41 kali (penawar racun)

Sesi kedua (RM 35)


  1. Sediakan kelapa muda (hijau atau pandan) potong atas/lubang
  2. Garam bukit halus Halagel
  3. Madu lebah/tualang
  4. Asam keping + gula batu


Amalan : Wirid Ya mubin 1000 x


Sesi ketiga (RM 50)


  1. Bekam sunnah di titik sunnah dan ketagihan.
(RAWATAN DI RUMAH SAYA ATAU DI AREA SUNGAI PETANI, JIKA KE KAWASAN LUAR HARGA BERBEZA)

Muallij Nuruddin (017 6291368)

RAWAT KETUM...RASA MENYUCUK SEMASA WIRID


Selesai rawatan dadah/ketum sesi kedua untuk seorang anak muda yang berkerjaya di Sungai Petani. Semasa pesakit berwirid Ya Mubin sepertimana yang diajar oleh guru saya Ustaz Afzan, kata beliau belakangnya ada rasa menyucuk.

Pada malam sebelumnya semasa sesi pertama saya amanAhkan amalan Al fatihah 41 kali.

Ketagihan, pengambilan bahan racun, kotor ada kaitannya dengan  seruan syaitan. Tidak hairan jika ada reaksi begitu.

Muallij Nuruddin ( 017 6291368)

Tuesday, August 9, 2016

MUALLIJ ADALAH PENDAKWAH...



Tugas muallij adalah tugas seorang Daie atau pendakwah.

Ada pesakit yang selepas menerima rawatan jadi begini...

1) Mula hadir ke surau dan masjid selepas diberi petua berjemaah solat dan berjabat tangan selepas solat untuk melemahkan gangguan.

2) Ada yang mulai hadir ke kelas tajwid, download bacaan al Quran dan mula peka dengan isu Al Quran.

3) Ada yang mulai membeli buku agama, tauhid dan buku isu jin dan syaitan.

Muallij akan rasa kepuasan sebenar jika ada perubahan islah ke arah kebaikan bagi setiap pesakit mereka.

Ini ruang dakwah yang luas ... terlalu luas...
Saya suka jadi muallij.....

Muallij Nuruddin
017 6291368

(rawatan Ruqyah/jampi/urutan/bekam/akupuntur)

GALAKAN SELAWAT MUDAH ALLAHUMMASSOLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD


Selawat 1000x antara tanda cinta kita kepada nabi, pelembut hati, peredam nafsu, rezeki melimpah, penyakit kronik,pagar diri dan permohonan syafaat nabi masa kepayahan qiamat.

1 selawat = 3 saat
10 minit = 600 saat
600/3 = 200 selawat.
1000 selawat = 10 minit selawat x 5 = 50 minit ( tidak sampai sejam)

Jika tidak mampu target setengah jam = 600 selawat dapat diamal.

Jom cintai nabi. Ulamak yg menangis bila dgr nama nabi adalah kerana amalan sebegini.

Muallij Nuruddin
0176291368

GALAKAN ZIKIR BISMILLAHIRRAHMAN NIRRAHIM



Sehari 1000x sehari untuk rezeki melimpah, keshatan, pagar diri.

1x bismillah = 1.29 saat

10 minit = 60 saat x 10 minit = 600 saat

600/1.29 = 465 kali bismillah.

hanya 20-25 minit untuk dapat 1000x bismillah.

Jangan kedekut masa dgn amalan semudah ini. Allah tak akan kedekut dgn kita.

Muallij Nuruddin
0176291368

ZIKIR NAFAS, PERLU KAH?



Dalam pembelajaran ilmu rawatan guru menyebut kepada saya agar galakan pesakit,keluarga tarik dan hembus nafas.

Hormon Endorphine akan dikeluarkan dan kita jadi tenang ada kesembuhan semulajadi.

Ulama sufi ajar teknik zikir nafas. Dalam rawatan ia mampu tingkatkan keyakinan,kesihatan dan aura positif.

Bagaimana?

Tarik nafas (dalam hati sebut ALLAH)
Tahan nafas sambil hati sebut  Allah 20x (byk lg bgus)
Hembus nafas (hati sebut HUU)

ULANG AMALAN NI hingga jumlah  Allah dapat 1000-5000.  Kurang pun tidak apa.

Baik untuk kanser,strok.

Sekali buat 20x Ya Allah = 10 saat.
15 min = 15x 60 = 900 saat
900/10 = 90 kali.

Muallij Nuruddin 017 6291368

Wednesday, August 3, 2016

RAWATAN MELALUI TELEFON - JARAK JAUH



  • Masalah misteri, gangguan jin, sihir?
  • Telah dirawat ruqyah tetapi sukar untuk dapat rawatan susulan?
  • Sukar hadir ke premis perawat?
  • Rumah tidak sesuai untuk dihadiri perawat?


Hanya contact kami dan kami akan bacakan ayat ruqyah, selawat, azan dan doa pembakar jin - melalui handfon anda. (15-20 minit)

Bacaan dengan suara 'live' bukan rakaman dan dengan suara yang jelas.

Sila pakai headfon atau letak dekat telinga kanan dan kiri bergilir-gilir.

Cas rawatan berdasarkan minit/jam. (RM 10-20 sahaja)

Hubungi : Muallij Nuruddin 017-6291368/012-5296690

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat