Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, December 24, 2020

PETAKA SAKA


 

PETAKA SAKA

Terlalu banyak masalah yang timbul akibat gangguan makhluk halus berbangsa jin yang dari kelas SAKA iaitu jin yang mendampingi kita, nenek moyang kita atas perjanjian secara langsung atau tidak langsung. 

Ramai yang sensitif bila disebut saka katanya, cakap baik-baik sikit akau mana ada jin dalam famili....sedangkan symptom dan gejala akibat saka cukup jelas.

Antara perkara yang berlaku akibat saka:

  1. Ada yang susah dapat jodoh,jika ada jodoh kerap berkelahi atau bergaduh berpanjangan.Pasangan menjadi baran. Ada yang kerap putus tunang berkali-kali.
  2. Ada mangsa saka yang menjadi pengotor, tidak suka mandi dan tidak menjaga kebersihan, baginya mereka telah bersih dan wangi.
  3. Adayang menjadi sakit kulit teruk dan menjadi hodoh,peluh tanpa henti, busuk badan (kadangkala akibat saka mak andam atau saka ratu cantik)
  4. Ada yang tidak akan sihat jika tidakmengurut orang (akibat saka urut toknenek)
  5. Ada yang hilang bayi dalam kandungan,yang mandul,yang rosak janin semasa hamil.
  6. Ada yang berkelakuan seperti haiwan dalam keadaan tertentu (saka ular, buaya, harimau)
  7. Ada sakit fizikal kronik berterusan, warisan dan misteri sedangkan tiada petunjuk jelas punca sakitnya. 
  8. Ada yang tidak berjaya dalam hidup dan sial dalam segala segi.
  9. Ada yang ramai orang tidak menyukainya,benci dan menjauhinya. 



Saka saka ini  mengganggu kerana kita tidak memuja mereka,tidak mengagungkan mereka,tidak memelihara mereka. Adakah kita perlu pelihara mereka? Tentulah tidak dan jawapannya berdosa. Maka membinasakannya adalah jalan keluar bagi masalah inijikamenurut kaedah saya. Kerana jika hanya mengusir saka hanya sekadar 'panadol' sahaja. 

Saya merawat saka dengan niat membunuh jin-jin saka yang degil. Kaedah saya dimulakan dengan kaedah jarak jauh dimana pesakit membuat amalan khas dengan bimbingan saya dan saya akan mewiridkan ayat-ayat pembuuh jin berterusan selama lebih 10 hari Ada kessaya terpaksa buat selama 40-60 hari.

Kemudian jika masih ada sisa barulah saya akan plan rawatan berdepan ruqyah panjang dengan bahan-bahan tertentu yang akan saya minta sediakan seperti mengkuang, bidara,,dll. Bagi pesakutr jauh lokasi kadangkala selesai tanpa perlu bertemu pun dnegnasyarat pesakit buat semua wirid yang saya bekalkan. 

Kaedah kita kedah ikhtiar melalui amalan memohon bantuan Allah dsan Rasul untuk memusnahkan jin dan angkatannya yang degil serta sebati dengan kita. 

Bertawakal,yakin dan istiqamah,kunci kejayaan rawatan ini. 

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat