Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Monday, February 8, 2021

IKHTIAR AHLI KELUARGA HILANG ATAU MELARIKAN DIRI



 Ikhtiar bagi pasangan atau ahli keluarga hilang ada beberapa jenis yang saya jumpa dan pernah usahakan. Syukur kebanyakkan kes berjaya dibawa pulang dengan kerjasama keluarga mangsa. 


Kes yang popular adalah anak tidak mahu jenguk ibu bapa atau benci kepada ibu bapa. Atau kes suami abai isteri dari aspek nafkah lari tinggal isteri. Kes ini saya rawat cara jauh kaedah doa, wirid dan amalan beberapa minggu. PIhak keluarga juga akan saya berikana amalan dan disaran bersolat hajat juga. Kebanyakan mangsa atau pesakit akan mulai wasap famili atau mula membuka block pada telefonnya tanda mereka telah kendur. 


Kes kedua adalah kes kerasukan di mana si isteri atau anak ini berSAKA atau dipuja dengan sihir sehingga mereka meninggalkan keluarga begitu sahaja tanpa dapat dikesan. Kes ini selalunya memang akibat gangguan jin dan adakala ianya akinat kemurungan. Satu kes di Negeri Sembilan, seorang isteri keturunan bomoh, ia akan hilang beberapa bulan selang setahun dan wasap/smsnya akan bertukar menulis dengan gaya bahasa yang bukan dirinya kepada suaminya. selepas dirawat beberapa hari cara jauh dan keluarganya turut melakukan amalan dengan tekun, jin saka merasuki si anak dan mengatakan tolong jangan teruskan rawatan dan emreka akan kembalikan isterinya. Selepas beberapa minggu mangsa dijumpai di Kuala Lumpur dan mengaku tidak ingat langsung bagaimana beliau boleh berada disitu. Kes ini tidak dilapor polis kerana 'menjadi bahan jenaka' kerana kerap kali berlaku. Dan kita tidak boleh salahkan pihak berkuasa. 



Kes jenis seterusnya adalah isteri hilang dengan anak-anak dan dipakat dengan keluarga mertua yang memusuhi si suanmi (menantu) mereka itu. Kes ini adalah satu pakatan manusia yang cuba membuat sabotaj dalam keluarga ini. Si isteri mungkin disihir pihak tertentu untuk meninggalkan suaminya tetapi pakatan keluarga yang menghilangkan hunbungan bapa dengasn isteri dan anak itu adalah salah dan perlu dilapor juga kepada pihgak berkuasa. Walaupun mungkin akan diusashakan secara rawatan doa, tetapi kes perlu direkod untuk susulan jika melibatkan mahkamah syariah kelak. 


Kes yang seterusnya adalah kes  wanita atau leaki yang angau lari meninggalkan pasangannya kerana mengikut cinta barunya. Samada ada unsur sihir atau tiada ia elok dirawat segera kaedah doa kerana duduk sahaja tanpa usaha lebih buruk akibatnya. Selalunya kes ini akan ada perubahan dan jika ada unsur sihir lebih cepat kesannya dalam rawatan kes sebegini. 


Apa pun masalah kita, kita tidak boleh lari daripada memandang sebab musababnya daripada Allah semata-mata. Banyakkan mengkoreksi diri.  Lantas itu jangan kita tinggalkan mendekatkan diri kepada Allah, kerana ahli keluarga yang meninggalkan kita mungkin ada kaitan dengan dosa, salah silap dan kelemahan diri kita. 


Teruskan berusaha.

Muallij Nuruddin

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat