Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Wednesday, March 10, 2021

Perawat makrifat tetapi tidak solat

Semalam  saya  selesai rawatan pesakit warga emas. Reaksi tari ala puteri sepanjang dirawat. Saya baca ayat penghancur jin, senjata faqir dan ayat pembunuhan hingga stop pergerakannya, tapi liat benda ni.

Seperti diduga ada perkaitan kehidupannya dgn sakit pelik ini.

Pesakit yang asalnya sakit tidak tidur 6 hari, dirawat suami sendiri yang amal kaedah 'pelik'. Ya suaminya perawat mistik. Lepas dirawat suami reaksi tari semakin kuat setiap kali diruqyah mana mana perawat ruqyah lain.
Bila saya soal mendalam, si bapa rupanya mengamal rawatan cara batin dan ala makrifat. Yang itu saya tidak nafikan kewujudan kaedah ini tetapi yang menjadi sangsi adalah si bapa tidak solat.

Jika tidak solat, apakah sumber perawatan ya? Memang wujud aliran yang begini sebenarnya. Katanya mengaji tariqat makrifat makrifat yang dahsyat dan solatnya solat 'daim' iaitu 24 jam dalam solat jadi mereka mengaku tidak perlu solat fardhu lagi.
Saya berpesan kepada pesakit dan anak-anaknya agar membuat amalan wirtid dan pastikan guru kita beramal dengan syarak Islam. Pesakit diberi amalan zikir untuk bersih sisa ilmu tidak baik yg diinstall dlm dirinya....

Saya mahu jadi perawat



 "Saya boleh baca siir sahaja Quran, saya nak merawat".

"Saya baca ayat rawatan tapi saya guna rumi Ustaz..."
Banyak juga wasap begini datang kpd saya...
Saya nasihatkan merawat mistik mesti tahu al Quran, beramal membacanya dan tahu membaca dengan betul. Jika tidak mampu atau hanya menghafaz sahaja satu dua ayat boleh digunakan untuk membantu keluarga sahaja jangan diisytihar kita mampu merawat.
"Jadi apa perlu saya buat Ustaz?"
Jika hajat juga merawat, sign in segera kelas talaqqi Al Quran....bila lancar dah, maka boleh belajar mana mana perawatan dan mulakan khidmat anda. Hajat baik Allah akan tolong anda....
(tidak saya screenshot kerana ada hal yang peribadi dalam itu).

Anda mampu membaca Al Quran dan mahu jadi perawat wasap saya 017 6291368

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat