Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Wednesday, March 10, 2021

Perawat makrifat tetapi tidak solat

Semalam  saya  selesai rawatan pesakit warga emas. Reaksi tari ala puteri sepanjang dirawat. Saya baca ayat penghancur jin, senjata faqir dan ayat pembunuhan hingga stop pergerakannya, tapi liat benda ni.

Seperti diduga ada perkaitan kehidupannya dgn sakit pelik ini.

Pesakit yang asalnya sakit tidak tidur 6 hari, dirawat suami sendiri yang amal kaedah 'pelik'. Ya suaminya perawat mistik. Lepas dirawat suami reaksi tari semakin kuat setiap kali diruqyah mana mana perawat ruqyah lain.
Bila saya soal mendalam, si bapa rupanya mengamal rawatan cara batin dan ala makrifat. Yang itu saya tidak nafikan kewujudan kaedah ini tetapi yang menjadi sangsi adalah si bapa tidak solat.

Jika tidak solat, apakah sumber perawatan ya? Memang wujud aliran yang begini sebenarnya. Katanya mengaji tariqat makrifat makrifat yang dahsyat dan solatnya solat 'daim' iaitu 24 jam dalam solat jadi mereka mengaku tidak perlu solat fardhu lagi.
Saya berpesan kepada pesakit dan anak-anaknya agar membuat amalan wirtid dan pastikan guru kita beramal dengan syarak Islam. Pesakit diberi amalan zikir untuk bersih sisa ilmu tidak baik yg diinstall dlm dirinya....

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat