Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Wednesday, September 30, 2015

Cara memasang niat semasa membaca Surah Al-Fatihah bagi tujuan rawatan (Kaedah Isnad Tadawi)

Cara memasang niat semasa membaca Surah Al-Fatihah bagi tujuan rawatan
 
Membaca mana-mana surah atau ayat dengan ikhlas tanpa memasang niat membolehkan kita mendapatkan kerahmatan Allah dan pahala daripadaNya. Walaubagaimanapun, di dalam rawatan, kita perlu memasang niat yang khusus supaya ikhtiar kita akan berkesan, dengan izin Allah. Paling afdal kiranya kita dapat membaca setiap ayat di dalam Surah Al-Fatihah ini dengan 6 harakat, maksudnya kita mengakhiri setiap ayat (iaitu ayat 1 hingga 7) dengan 6 harakat. Sebagai contoh dan panduan bersama, diberikan di bawah beberapa cara untuk berniat:
 
Semasa membaca Ayat 1 “BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM”:
 
Niat: Melakukan semua amalan ini adalah semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah
 
Semasa membaca Ayat 2 “ALHAMUDLILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN”:
 
Niat: Memberi peringatan kepada jin yang mengganggu tentang keagungan dan kebesaran Allah yang mentadbir sekalian alam semesta. Ini boleh menyebabkan jin tunduk atau terbakar.
 
Semasa membaca Ayat 3 “ARRAHMAANIRRAHIIM”:
 
Niat: Memohon kepada Allah untuk mengurniakan kerahmatanNya lantas memperkenankan doa dan tujuan amalan.
 
Semasa membaca Ayat 4 “MAALIKI YAUMIDDIIN”:
 
Niat: Memberi peringatan kepada jin yang mengganggu bahawa mereka juga akan kembali kepada Allah. Ini boleh menyebabkan jin tunduk atau terbakar.
 
Semasa membaca Ayat 5 “IYYAAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA’IIN”:
 
Niat: Memohon kepada Allah untuk menyembuhkan dengan penyembuhan segala penyakit, samada penyakit yang ghaib (iaitu sakit angkara jin & syaitan) ataupun yang nyata (iaitu sakit berkaitan medical). Juga boleh memohon Allah mengusir/membakar jin yg mengganggu.
 
Semasa membaca Ayat 6 “IHDINASH-SHIRAATHAL-MUSTAQIIM”:
 
Niat: Memohon petunjuk daripada Allah tentang tindakan/ikhtiar yang harus diambil atau ayat lain yang harus dibaca bagi tujuan penyembuhan atau pengusiran jin. Juga untuk memohon kepada Allah untuk memberi petunjuk samada terdapat jin di dalam tubuh atau lokasi barang sihir.
 
Semasa membaca Ayat 7 “SHIRAATHALADZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM GHAIRIL-MAGHDIUBI ‘ALAIHIM WALADH-DHAALLIIN”:
 
Niat: Memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada unsur-unsur syirik dan kekufuran semasa rawatan

Untuk penyakit mental. (hanya berikhtiyar)

Kepada sahabat yang ada anak, adik, saudara yang istimewa. Kita berusaha....
Untuk penyakit mental. (hanya berikhtiyar)
Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu. (Kaedah Isnad Tadawi)
Dengarkan CD ruqyah setiap hari (Kaedah Darul Muallij P. Pinang)

Jangan terlalu cepat melaksana kaedah perubatan biasa kerana jika masalah mental disebabkan ganguan dan sihir amat zalim terhadap pesakit jika disuntik ubat.

bagi insan istimewa sejak kecil jua boleh diamal petua di atas untuk menjadikan mereka berdikari dengan baik.

Amalan untuk berubat Deman panas

Demam panas boleh membawa maut, mencacatkan otak dan merencat perkembangan minda anak kecil dan dewasa....

Untuk demam panas (hanya berikhtiyar, Allah maha penyembuh)
Baca Surah Al-Fatihah 7 kali terus kepada pesakit atau tiup ke dalam air (untuk minum, lap, mandi)- (Amalan perubatan Isnad Tadawi)

http://www.isnadtadawi.my//page-9332.html


80 % ganguan keluarga - Jin asyik dan sihir tafriq

Ikut rawatan kes ganguan keluarga. Masih siasat sihir tafriq atau kes jin asyik. Boleh dikatakan 80% kes cerai adalah akibat kedurjanaan dua faktor ini.
Dua kali full ruqyah tanda amat minimum walaupun ada respon. Insya Allah minggu dpn check rumah pula. Moga Allah bntu mereka.




Tuesday, September 29, 2015

Hadiri rawatan terbuka Darul Ansar di bandar Sri Astana

Selasa - 29 Sept 2015

Hadiri kuliah rawatan Islam di Bandar Sri Astana Sp. oleh guru bekam saya Ustaz Saifulnizam Hasim dari Darul Ansar. Juga diizinNyd menyaksikan rawatan open Darul Ansar untuk pelbgai kes. Syukran ustaz.






JIN SIHIR DAN SAKA BENCI BILA BERBEKAM

Pada hari Sabtu lalu isteri saya membekam seorang wanita sepruh abad...

Cadangnya beliau inginkan kesihatan lebih baik...

Namun kami menerima satu ujian apabila si pesakit tiba-tiba kerasukan dan isteri memanggil saya untuk membantu. Selepas dipakaikan tudung solat saya cuba meruqyah beliau.

Maka terjadi komunikasi antara saya dengan jin yang mengaku Islam. katanya ia saka keluarga (wallahualam).

Apa yang menariknya, beliau (jin yang bercakap) amat marah apabila selesai bekam.

"Hampa buang buat apa benda tu....aku nak dok mana...tu tempat aku....."

Kesimpulannya saya bertambah yakin bekam adalah membantu menyukarkan laluan jin, saka, sihir.

jom berbekam kerana Allah!!


Monday, September 28, 2015

Sihir pemisah amat digemari syaitan - Al Baqarah 102

Kes Ahad lalu - sihir pemisah perkahwinan hampir 20 tahun
Lokasi: kg baru, kuala nerang. Kedah
Jam : 10 mlm
Mangsa: pesakit wanita pertengahan 40an.
Sinopsis: barang sihir ditanam di pintu blakang rumah dan di atas bumbung.
Perawat : Ustaz Afzan Pusat Rawatan Darul Muallij




Tenang hati beriltizam dengan ayat Ruqyah....

Assalamualaikum,

Rasa tenang, puas dan bahagian dalam hati sejak beramal dengan ayat-ayat ruqyah dan doa khusus. Ini hanya berlaku selepas saya menyertai kursus sebagai perawat Darul Muallij P.Pinang.

Di samping kita merealisasikan maksud ayat kedua Al Baqarah berkenaan keimanan terhadap perkara ghaib, ia juga menaikkan semanagt untuk terus menghafaz dan menjaga ayat Al Quran.



Saya berdoa agar semakin diizinNya untuk mendalami ilmu perubatan islam yang sebenarnya mendekatkan diri kepadaNya dan menjadikan ia medium dakwah yang berkesan kepada masyarakat kita.

Muhammad Nuruddin Bashah

Produk Muallij 3 - Air Penawar Ruqyah Muallij (Kaedah pinggan putih)



Ramai mengakui selain perubatan moden, penggunaan air ruqyah untuk penyakit moden juga ada kesan malah mempercepatkan penyembuhan.

Air ini juga Insya Allah dengan kuasa Allah membantu penyakit -penyakit misteri, penyakit akibat gangguan jin dan sihir serta melemahkan saka.

Air juga membantu menyemarakkan aura positif pada diri peminum dan pengguna untuk menaikkan semangat, kesihatan ke arah makruf dan kebaikan. 

Air penawar ini dibuat dengan kaedah tulisan pinggan putih amalan ulama' silam serta dibacakan ayat ruqyah.

Yang penting ingat : ALLAH MAHA PENYEMBUH, AIR HANYA IKHTIAR, SYARIAT ISLAM WAJIB DITEGAKKAN SELAIN BERIKHTIAR BERUBAT

Ustaz Muhammad Zan
0195671731
Pengasas Darul Muallij Pulau Pinang

Bagi area Kedah
Muhammad Nuruddin Bashah
017-6291368

Bacaan Ruqyah akan ditajdid sebelum penghantaran produk kepada anda.

Pesanan penghantaran percuma sekitar Sungai Petani.
Penghantaran pos juga boleh diuruskan.

Harga hanya RM 8


Al Quran mampu mempengaruhi molekul dan kekuataan sesuatu bahan sama ada air, minyak, garam, makanan, madu atau daun-daun herba. Itulah kekuatan ayat Allah




Ikhtiar kesihatan dalaman - Minyak As Syifa' Muallij (Darul Muallij P.Pinang)

Minyak As Asyifa Muallij ini digunakan oleh perawat- perawat Islam (Mualij) adalah dirumus khas dengan bahan alamiah dan rabaniyyah amat baik dan MUJARAB digunapakai bagi penyakit- penyakit seperti mengusir gangguan, histeria, membuang santau dan sihir, bayi sering menangis malam akibat gangguan atau kembong, menyusut ketumbuhan dan kanser, penawar penyakit kulit dan kayap, sakit dada sesak nafas, merawat angin ahmar , haid tidak teratur, alergy makanan, demam atau batuk panjang, gout, kolesterol tinggi, masalah  jantung , sukar tidur,  tiroid, kencing manis, dan 1001 jenis penggunaan.



Ustaz Muhammad Afzan/Ustaz Zan
0195671731
Pengasas Darul Muallij Pulau Pinang

Bagi area Kedah
Muhammad Nuruddin Bashah
017-6291368

Bacaan Ruqyah akan ditajdid sebelum penghantara produk kepada anda.

Pesanan penghantaran percuma sekitar Sungai Petani.
Penghantaran pos juga boleh diuruskan.

Harga hanya RM 45


Al Quran mampu mempengaruhi molekul dan kekuataan sesuatu bahan sama ada air, minyak, garam, makanan, madu atau daun-daun herba. Itulah kekuatan ayat Allah



Wednesday, September 16, 2015

SELAWAT SYIFA' BUKAN NABI YANG MENYEMBUH, ALLAH YANG MAHA PENYEMBUH

Semasa saya mula memasuki alam perawatan muallij antara yang saya ingin dalami adalah keabsahan, legitimasi doa dan selawat tertentu yang pastinya akan dkritik jika bukan daripada lisan Nabi. Ia adalah lumrah walaupun sebenarnya perawatan adalah ikhtiar, ibadah umum bukannya ibadah khusus yang perlu dibahas ketat isu biddah. 

Saya gembira apabila isu pengubat (thibb) pada selawat syifa adalah mudhof ilaih yang mana dihapuskan mohofnya. Bermakna jelas Nabi bukan pengubat sebaliknya Allah yang menyembuh, berkat selawat ke atas Rasulullah SAW. Tiada isu Nabi yang wafat menyembuhkan penyakit seperti hujah pihak yang tidak tahu disiplin ilmu perawatan Islam.

Lihat jawapan Tuan Guru Dr Haron Din
Dalam Rawatan Islam, pengunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dari Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah SWT adalah diharuskan. Salah satu doa atau selawat yang sering digunakan sebagai bacaan dalam rawatan penyakit adalah Selawat Syifa’.
Bagaimana timbul sedikit kekeliruan terhadap Selawat Syifa’ ini sehingga ada yang mengatakan selawat itu boleh membawa kepada kesyirikkan kepada Allah. Kerana itu perlulah diberi penjelasan berikut.
1. Selawat ini namanya Selawat Syifa’ dan bukan Muhammad Syifa’ bermaksud yang menjadi ikhtiar atau alat untuk mendapat kesembuhan adalah selawat dan bukan batang tubuh Nabi Muhammad SAW.
2. Selawat ini terkenal keseluruh dunia Islam dan diamalkan dunia di Nusantara dengan tidak menimbulkan pemahaman apa-apa kerana tidak pernah terlintas dalam hati pengenal selawat ini untuk menyandarkan pengubatan penyakit dan menyandarkan kesembuhan kepada zat Nabi Muhammad SAW.
3. Selawat ini bukan baru tercipta iaitu telah lama berlegar. Ia terdapat dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Dalam Mukaddimah pertamanya ditulis oleh Dr. Mahmud Muhammad al-Tanahi Profesor Madya di Kuliah Syariah Universiti al-Malik ‘Abd al-‘Aziz Makkah al-Mukarramah ditulis dibaris pertama mukaddimahnya dengan Selawat Syifa’.
4. Jika diandaikan Selawat Syifa’ itu mengundang kesyirikkan kepada Allah seperti yang didakwa, apakah wajar selawat itu boleh berada dalam kitab terkenal al-Tibb al-Nabawi yang diterbitkan di Makkah al-Mukarramah dan ia tidak ada sebarang masalah yang diragukan. Oleh itu yang mengusahakan penerbitannya seperti yang disebutkan tadi tidak pula mempertikaikan tentang Selawat Syifa’ tersebut lalu penerbitan itu diedarkan kepada bacaan awam. Jadi, dapat difahami bahawa jika selawat itu mengundang kesyirikan kepada Allah sudah pasti ia telah dipadamkan atau tidak diterbitkan untuk edaran orang ramai.
5. Yang mengatakan Selawaat Syifa’ itu bermasalah kerana perkataan Tibb dalam selawat itu dii’rabkan sebagai Badal. Apa pun yang boleh dii’rabkan oleh pengkritik sepatutnya mengambil kira tajuknya iaitu Selawat Syifa’. Adapun yang mengamalkan selawat ini berhujah “tibbi” (طبّ ) dalam kedudukan i’rab ialah mudhof ilaih ( مضاف إليه ) , bagi yang mudhof ( مضاف) yang dihazafkan atau dibuang. Pengkritik mengakui boleh ditakdirkan dengan takdir lughawi dengan mengandaikan ada perkataan yang sengaja dihazaf iaitu “shalaata” (صلاة) , berkedudukkan maf’ul mutlak pada waktu yang sama dia mudhof ( مضاف) . Maka selepas itu terdapat lafaz “tibb” menjadi mudhof ilaih majrur, akan tetapi mereka mempersoalkan pula kewajarannya.
Jika diakui bahawa boleh diterima maka itulah yang sebenarnya Selawat Syifa’ iaitu selawat rawatan bukan zat Muhammad SAW sebagai penyembuh. Namun dikatakan pula bahawa takdir yang demikian itu tidak ada hujah dalam bahasa Arab untuk diterima pakai. Seolah-olah mereka mengatakan bahawa tidak ada dalam bahasa Arab kaedah nahunya yang boleh berbuat demikian. Dakwaan tersebut amatlah meleset dan dakwaan kosong yang sengaja atau terlupa rujuk.
Sebenarnya dalam nahu ‘Arab khasnya dalam kitab terkenal Syarah Ibn ‘Aqil juzuk yang kedua bab al-Idafat ditulis dalam kitab itu sedemikian:

قد يحذف المضاف ويبقى المضاف إليه مجرورا، كما كان عند ذكر المضاف، لكن بشرط أن يكون المحذوف مماثلا لما عليه قد عطف، كقول الشاعر : أكل امرئ تحسبين امرأ ** ونار توقد بالليل نار

و) التقدير “وكل نار” فحذف “كل” وبقى المضاف إليه مجرورا

Terjemahannya : Terkadang dihazafkan (dibuang) Mudhof (sandaran) dan ditinggalkan Mudhof ‘ilah (yang disandarkan kepadanya) berbaris dibawah sama seperti disebut atau ditulis al-Mudhof. Akan tetapi dengan syarat yang dibuang itu ada contohnya atau imbasannya di’atofkan seperti syair Arab yang tersebut.
Dalam syair itu jelas perkataan “nar” ( نار ) dibaca kasrah (majrur bi al-kasrah) kerana ia berkedudukan Mudhof ilaih yang dibuang. Takdirnya “kullu”( كل) . Kalau dalam syair boleh dibuang sedemikian tentulah dalam penulisan dibolehkan juga. Bukan sahaja dalam syair ‘Arab yang sememangnya menjadi hujah dalam nahu ‘Arab yang malah dalam al-Quran al-Karim ada ayat Allah SWT yang juga dibuang mudhof.
Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 67 :
Terjemahannya : “Kamu mengkehendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedangkan Allah mengkehendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Dalam satu qiraat ada yang membacanya (الأخرةِ ) dengan kasrah Ta takdirnya (يُرِيدُ) bagi (الأَخِرَةِ) dengan mentakdirkan(عَرَضَ الأَخِرَةِ) .
Jelaslah bahawa ada kaedah bahasa Arab yang diambil daripada ayat al-Quran dan di dalam Syarah Ibn ‘Aqil bahawa diterima pakai hujah yang kuat bahawa mudhof (مضاف) boleh dibuang (dihazafkan) dan yang tinggal mudhof ilaih ( مضاف إليه ) majrur bi al-kasrah.
Oleh itu Selawat Syifa’ ada kalimat yang sengaja dibuang iaitu (صلاة), bacaan asalnya;
I’rabnya maf’ul mutlak mudhof (مضاف) dan Tib (طبّ ) mudhof ‘ilaih ( مضاف إليه ) (majrur bi al-kasrah). Qarinahnya adalah dengan perkataan salli (صَلِّ) , iaitu ada perkataan salli (صَلِّ) sebelumnya. Salli (صَلِّ) , adalah dalil yang menunjukkan ada perkataan sebanding dengannya yang dibuang iaitu sholatan (صلاة). Dengan itu hilanglah kekeliruan dan keraguan bahawa yang menyembuhkan sebenarnya bukan Muhammad, atau zat Muhammad atau batang tubuh Muhamamd yanag menjadi bahan ikhtiar yang menyembuhkan ialah keberkatan selawat. Selawat adalah termasuk dalam amal soleh dan ianya tidak menyalahi syariat dan boleh diamalkan tanpa sebarang keraguan.
Sabda Rasulullah SAW yang di riwayatkan dari Abi Hurairah RA:
Terjemahannya : “Sesiapa yang berselawat keatasku sebanyak satu kali, Allah SWT akan berselawat keatasnya sepuluh kali ganda.”
Sumber maklumat diambil dari : Rawatan Penyakit-penyakit Jasmani (1), Tuan Guru Dato Dr. Haron Din : pengasas & Penasihat DarulSyfia. mukasuarat 30-35.

BEKAM DENGAN RUQYAH MAMPU KURANGKAN KESAN SIHIR

Bekam sihir di titik sunnah


Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.

Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :


" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya"

Bagaimana pula JURUBEKAM merawat gangguan jin ?

Jin bergerak dalam tubuh manusia melalui darah dan pula ada hadith sahih yang al hijamah/bekam sunnah mampu menyembuhkan racun dan sihir.


Bekam sihir boleh dilakukan di semua titik yang dipanggil Thibbun Nabawi (spt diatas). Selain itu, bekam juga boleh dilakukan di titik sendi badan.

Fungsi berbekam jenis ini ialah untuk mengeluarkan endapan sihir atau darah kotor akibat gangguan jin yang bergerak melalui saluran darah manusia.

Bahagian yang wajib dibekam ialah kepala dan tengkuk. Bahagian tubuh yang lain dibekam mengikut keperluan, bergantung pada jenis sihir.

Pesakit yang menghidap sihir kerana urusan kerja biasanya dadanya akan sakit.

Mangsa sihir rumah tangga pula sakit di pinggang manakala mangsa akibat sihir pelaris, mangsa terpaksa berdepan dengan kesakitan yang teruk di kaki pada waktu tertentu.

Kaedah bekam yang disertai amalan bacaan ayat-ayat rukyah dapat mengurangkan pengaruh gangguan sihir terhadap pesakit.

Bekam sihir di kepala

Sebelum memulakan rawatan, perawat perlu membaca ayat Kursi disusuli dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas bagi mengelak aura sihir daripada badan pesakit berpindah ke tubuh perawat.

Darah yang mengandungi unsur unsur gangguan biasanya berwarna merah gelap , berketul-ketul seperti jeli dan bila ditarik seakan akan bertali. Bahagian badan yang dibekam biasanya berwarna hitam seperti kesan melecur akibat terbakar.

Bekam sihir di sendi tempat lemah jin
Selepas berbekam, pesakit akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pembuangan toksik daripada badan. Ia juga boleh mengurangkan 50 hingga 60 peratus gangguan sihir dalam badan kerana jin hanya akan bergerak mengikut aliran darah yang kotor.


Hubungi saya untuk konsultasi dan rawatan : Muhammad Nuruddin Bashah


Gangguan atau sihir pandangan mata jahat

Dari Ummu Salamah ra., ia berkata, “Rasulullah saw. pernah melihat seorang anak perempuan yang kulit wajahnya berubah menjadi kehitaman. Maka Rasulullah bersabda, ‘Lakukanlah terapi ruqyah untuknya, karena ia terkena penyakit akibat pandangan mata (jahat).” (HR. Bukhari, no. 5298 dan Muslim, no. 4074).

Tuesday, September 15, 2015

ADAKAH AL QURAN HANYA PENAWAR PENYAKIT HATI BUKAN FIZIKAL?

ADAKAH AL QURAN HANYA PENAWAR PENYAKIT HATI BUKAN FIZIKAL?

Muhammad Nuruddin Bashah

Dalam sebuah makalah dalam majalah terkenal tempatan ada pembaca bertanyakan kepada penulis makalah berkenaan berkenaan maksud sebenar Al Quran sebagai penawar. Katanya beliau disoal oleh pembaca berkenaan tafsir ayat Al Isra’ 82 yang berbunyi:



“ dan kami turunkan dengan beransur-ansur daripada Al Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya. Dan sebaliknya Al Quran tidak menambahkan orang yang zaim melainkan merugikan”.

Ada pembaca majalah berkenaan yang membaca ayat syifa pada kakinya yang berpenyakit gout namun tidak juga sembuh. Beliau menyoal ustaz berkenaan sejauh mana kebenaran ayat Al Isra’ berkenaan?

Ustaz berkenaan menyatakan bahawa maksud sebenar prenawar (syifa) dalam ayat Al Quran adalah bermakna penawar hati sejajar dengan maksud ayat Surah Yunus 57 :



“ Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu Al Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman”.

Sebenarnya syifa bukan sekadar penyakit riya’ sombong, ujub, dengki dan khianat, syifa’ Al Quran juga mampu menyembuh penyakit fizikal dan separa fizikal jika dilakukan dengan kaedah yang betul sebagaimana diamal oleh ulama’ muktabar yang menemui kaedah berkenaan.

Misalnya Surah Anbiya’ ayat 83 yang menceritakan doa Nabi Ayub amat ampuh untuk kebanyaka penyakit fizikal namun bagaimana dengan kaedah perlaksanaan? Niat? Dan bagaimana amalan sampingan untuk mengampuhkan bacaan ayat berkenaan? Inilah peranan Muallij, perawat Islam yang dilatih khas untuk membatu pesakit.

Dalam surah Isra’ berkenaan ada dinyatakan hanya bagi yang beriman ia menjadi syifa’ dan penawar sedangkan bagi kaum zalim ia akan menjadi suatu yang merugikan.

Telah banyak kes berlaku di mana jin kafir menerima seksaan setiap kali dibacakan ayat ruqyah mengazab jin. Namun selepas jin memeluk Islam, bacaan kurang atau langsung tidak menyakitkan lagi mereka. Bermakna ia memang bermanfaat kepada yang beriman. Manakala bomoh yang juga menggunakan ayat Al Quran tetapi dengan cara songsang, najis, jijik dan menyeru jin kafir ayat berkenaan memberi kesan sihir juga namun ia merugikan para bomoh. Bomoh akan diazam di kubur dan di akhirat kelak akibat kesyirikan mereka.

Penulis semakin yakin dengan keampuhan ayat Al Quran sejak mempelajari perubatan Islam daripada beberapa guru. Keindahan ayat Al Quran akan terserlah jika kesannya dipelajari sehingga ke akar umbi.

Bacalah Al Quran, beramallah dengan Al Quran.



BEKAM VS DERMA DARAH

Saya derma darah selalu, buat apa bekam? Bekam jijik , derma darah bersih, satu lubang sahaja dan ia dikatakan menyihatkan.

Tidak dinafikan derma darah adalah tanggungjawab sosial untuk masyarakat yang memerlukan? Namun sejauh mana faedah untuk kesihatan diri sendiri? Bagaimana dengan toksik dan racun dalam diri sendiri? Adakah cukup sekadar mengambil fiber, minum lemon dan bahan detox sahaja memadai?

Lihat rajah di bawah: 




Ingin berbekam di rumah anda dengan kos minima?



Rakyat Malaysia ramai tekanan darah tinggi! Jom berbekam

Berbekam bagi pesakit darah tinggi amat berkesan. Jumlah pesakit darah tinggi di Malaysia kian meningkat. 

Mengikut perangkaan sebanyak 4.8 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 64 peratus daripada jumlah tersebut tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.

Sumber harian Metro pula,


Lebih separuh rakyat Malaysia berumur 40 tahun dan lebih dijangka menghidap penyakit darah tinggi menjelang 2025 berikutan kurangnya amalan gaya hidup sihat serta budaya pemakanan yang tidak sihat.
Pengerusi Persatuan Hipertensi Malaysia (PHM) Datin Dr Chia Yook Chin berkata, pada 2006, statistik menunjukkan 32.6 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap masalah tekanan darah tinggi manakala 42.6 peratus berusia 40 tahun dan lebih.

“Bagaimanapun pada 2011, jumlah ini meningkat kepada 33 peratus (melebihi 18 tahun) dan 45 peratus (40 tahun atau lebih).
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/4_8jutapendudukhidapdarahtinggi/Article/index_html#sthash.kCw1jaGN.dpuf


Berbekam telah terbukti berjaya mengawal tekanan darah tinggi.


Inilah titik amalan Nabi dan ia berjaya mengurangkan tekanan darah anda.




Ingin berbekam di rumah anda? (lelaki dan wanita)



Di mana titik bekam amalan Nabi?


Alhamdulillah walaupun baru beberapa minggu mula berbekam selepas menerima ijazah sanad berbekam melalui Darul Ansar saya mendapat pesakit dan pelanggan dari pelbagai lapisan umur dan jenis pesakit.

Namun perlu diingatkan bahawa Rasulullah berbekam sebagai 'disease prevention' bukan selepas Baginda menerima penyakit.

Baginda tiada rekos penyakit makanan seperti kita di Malaysia ini malah Baginda selain manjaga diet, juga kerap berbekam untuk membuang unsur kotor melalui makanan harian.

Lantaran itu jika ada pelanggan bertanyakan di manakah tempat point untuk dicadangkan mereka berbekam saya hanya akan mencadangkan titik point yang diamal Baginda sahaja. Namun jika atas permintaan pesakit atau pelanggan saya akan lakukan juga menurut point dikehendaki selagi bukan point berbahaya.

Berbekamlah sebelum anda sakit. Jika ada lenguh tengukuk dan belakang akibat bekerja di hadapan PC, silalah amalkan bekam.

Insya Allah anda sihat dan niatkan untuk beribadat dengan sebaiknya.

Muhammad Nuruddin

Hubungi saya dan isteri saya di:



TARIKH SUNNAH BERBEKAM

TARIKH SUNNAH BERBEKAM



(17 Tiap bulan Islam)


(19 Tiap bulan Islam)

(21 Tiap bulan Islam)


 Bekam tidak digalak pada hari Rabu



~FAEDAH BERBEKAM~

* Membuang keracunan dalam badan yang menyebabkan mudah mendapat penyakit di sebabkan terlalu banyak mengambil ubat

* Memulihkan saraf dalam tubuh manusia

* Memulihkan sistem badan agar berfungsi dengan lebih baik

* Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat

* Menguatkan & menambah daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit

* Membuang angin di dalam badan

* Membuang darah kotor di dalam badan

* Melancarkan pengaliran darah ke seluruh sistem tubuh

Untuk temujanji, sila hubungi:



Sebab Munculnya Blister Pada Bekam

 Sebab Munculnya Blister Pada Bekam

-Waktu pengekopan terlalu lama, yang mengakibatkan akumulasi peningkatan calor di area kulit yang disedot, efek dari inflamatif

-Akumulasi dari pengekopan yang berkali-kali walau mungkin jangka waktu satu kali pengekopan tidak terlalu lama

-Pengekopan yang terlalu keras, dan biasanya ditandai dengan perubahan warna kulit yang lebih hitam kecoklatan

-Konsentrasi cairan yang kemungkinan berupa eksudat atau extracell atau yang lainnya di area pengekopan.

-Titik bekam terlalu banyak dalam waktu bersamaan dan dilakukan secara sekaligus.



Diagnosa bekam dapat dilihat dari warna pigmen kulit setelah pembekaman. Di dalam buku “Canon of Internal Medicine” dikatakan, “Keadaan organ internal (organ dalam) dapat diketahui dengan cara mengobservasi (mengamati) gejala-gejala eksternal dan tanda-tanda fizik, sehingga penyakit dapat diagnosa.”






Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut :

Tindakbalas kulit selepas dibekam mengikut keadaan tubuh dalaman pesakit

1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam, pada kebiasaannya hal  ini menandakan (kekurangan) saluran pembekal darah dan saluran (pembuluh) darah yang tidak lancar yang disertai dan terdapatnya darah beku.

2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (berbintik-bintik), pada kebiasaannya ia menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku.

3. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan warna yang berbeza (gelap/pekat dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan “Qi” dan aliran darah kurang lancar.

4. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya menunjukkan terjadinya kekurangan “Yin”, kekurangan “Qi” dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang ditunjukkan oleh kekurangan “Yin”.

5. Bekas bekam yang muncul berwarna merah gelap, menandakan keadaan asid dan lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan panas.

6. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, menandakan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya angin.

7. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit gatal, ia menandakan keadaan adanya gangguan gas (angin).

8. Munculnya wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, menandakan keadaan adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut.

9. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.

Ingin berbekam di rumah anda dengan kos minima? (lelaki dan wanita (dilakukan oleh isteri saya)


Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat