Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Wednesday, September 30, 2015

Cara memasang niat semasa membaca Surah Al-Fatihah bagi tujuan rawatan (Kaedah Isnad Tadawi)

Cara memasang niat semasa membaca Surah Al-Fatihah bagi tujuan rawatan
 
Membaca mana-mana surah atau ayat dengan ikhlas tanpa memasang niat membolehkan kita mendapatkan kerahmatan Allah dan pahala daripadaNya. Walaubagaimanapun, di dalam rawatan, kita perlu memasang niat yang khusus supaya ikhtiar kita akan berkesan, dengan izin Allah. Paling afdal kiranya kita dapat membaca setiap ayat di dalam Surah Al-Fatihah ini dengan 6 harakat, maksudnya kita mengakhiri setiap ayat (iaitu ayat 1 hingga 7) dengan 6 harakat. Sebagai contoh dan panduan bersama, diberikan di bawah beberapa cara untuk berniat:
 
Semasa membaca Ayat 1 “BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM”:
 
Niat: Melakukan semua amalan ini adalah semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah
 
Semasa membaca Ayat 2 “ALHAMUDLILLAHI RABBIL ‘AALAMIIN”:
 
Niat: Memberi peringatan kepada jin yang mengganggu tentang keagungan dan kebesaran Allah yang mentadbir sekalian alam semesta. Ini boleh menyebabkan jin tunduk atau terbakar.
 
Semasa membaca Ayat 3 “ARRAHMAANIRRAHIIM”:
 
Niat: Memohon kepada Allah untuk mengurniakan kerahmatanNya lantas memperkenankan doa dan tujuan amalan.
 
Semasa membaca Ayat 4 “MAALIKI YAUMIDDIIN”:
 
Niat: Memberi peringatan kepada jin yang mengganggu bahawa mereka juga akan kembali kepada Allah. Ini boleh menyebabkan jin tunduk atau terbakar.
 
Semasa membaca Ayat 5 “IYYAAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA’IIN”:
 
Niat: Memohon kepada Allah untuk menyembuhkan dengan penyembuhan segala penyakit, samada penyakit yang ghaib (iaitu sakit angkara jin & syaitan) ataupun yang nyata (iaitu sakit berkaitan medical). Juga boleh memohon Allah mengusir/membakar jin yg mengganggu.
 
Semasa membaca Ayat 6 “IHDINASH-SHIRAATHAL-MUSTAQIIM”:
 
Niat: Memohon petunjuk daripada Allah tentang tindakan/ikhtiar yang harus diambil atau ayat lain yang harus dibaca bagi tujuan penyembuhan atau pengusiran jin. Juga untuk memohon kepada Allah untuk memberi petunjuk samada terdapat jin di dalam tubuh atau lokasi barang sihir.
 
Semasa membaca Ayat 7 “SHIRAATHALADZIINA AN’AMTA ‘ALAIHIM GHAIRIL-MAGHDIUBI ‘ALAIHIM WALADH-DHAALLIIN”:
 
Niat: Memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada unsur-unsur syirik dan kekufuran semasa rawatan

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat