Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, September 15, 2015

Taaruf dengan guru pertama perawatan Islam saya.

Taaruf dengan guru pertama perawatan Islam saya.




Mohammad Afzan B Hj Amir Hamzah atau Muhammad Zan At-Thobibie merupakan pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Muallij yang beralamat di Darul Nida’, Batu 19 ¾ Jalan Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang Kedah Darul Aman.Beliau mendapat pendidikan di Sek Ren Keb Kuala Nerang dan Sek Men Keb Dato’ Syed Ahmad di Aliran Agama (Bahasa Arab) cawangan Sekolah Menengah Agama Kedah pada tahun 1992 – 1996.Kemudian melanjutkan pelajaran ke Australian Matriculation di Pusat Persediaan Pendidikan di Institut Teknologi MARA, Shah Alam (PPP/ITM) pada tahun 1998.Beliau kemudiannya mengambil ijazah Sarjana Muda di dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik di Universiti Teknologi PETRONAS (1998-2003).
Dalam kerjayanya, beliau pernah menjadi guru sementara di Sekolah (Menengah) Agama Rakyat Daril Iktisam, Kedah pada tahun 2005, dan kemudiannya bekerja sebagai Jurutera Ujian di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan di sebuah syarikat multinasional di Pulau Pinang selama 3 tahun (2006-2009).


Pendidikan agama dan Perubatan Islam.

Walaupun beliau bukan dari pada berpendidikan agama secara rasmi tetapi beliau dibesarkan di dalam keluarga yang mentaati agama . Sejak awal remaja, beliau berkesempatan untuk berguru dengan ramai tuan-tuan guru, lebai-lebai dan alim ulama dalam pengajian menadah kitab lama (kuning) diantaranya ialah Al Alamah As Sheikh Tuan Guru Hj Salleh Musa, Pondok Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik dalam ilmu Usuluddin , Al Fadzil Tuan Guru Hj Mutallib, Pasir Puteh, Kuala Nerang, Kedah (Tasauf dan Perubatan), Tuan Guru Damis Majid, Kuala Nerang ( Tafsir dan Feqah), Tuan Guru Hj Ahmad Ali, Perlis (Usul Fikh), Allahyarham Dato’ Sheikh Zakaria B Awang Besar, Ahli Jawatankuasa Mufti Negeri Kedah, (Usuluddin & Perubatan), Al Fadzil Dr Abdul Aziz Hanafi, Dekan & pensyarah Kolej Universit Insaniah Kedah (Tasauf), Al Fadzil Sheikh Fahmi B Zam Zam, Madrasah Derang, Kedah (Tasauf) dan Tuan Guru Hj Din , Pondok Tanjung Bedil, Kedah.

Di dalam ilmu perubatan Islam, beliau menuntut secara langsung dan tidak langsung daripada guru-gurunya seperti Allahyarham Tuan Hj Yusuf B Abd Aziz, Abid dan pengamal perubatan Islam, Kedah, Al Fadzil Ustaz Abdullah Mahmud , Senior Perubatan Islam Professional (penceramah Radio Mutiara FM, TV9) , Allahyarham As-Sheikh Tuan Guru Hj Abdul Aziz, Pendang, Allahyarham Tuan Hj Isa Mehat, Pengamal Perubatan Melayu Tradisional, Padang Sanai, Kedah, Tuan Guru Hj Din, Pondok Pengajian Tanjung Bedil/ Pondok Al Hisab Kedah , Sheikh Ramli B Hj Hassan, Pengasas Sek Men Agama Daril Iktisam, Prof Dr Ustaz Hj Jumadi B Mustar , (Pusat Rawatan Islam Darul Illaj, Batu Pahat,Johor), Al Fadzil Dato Ismail Kamus, Pengamal Perubatan Darus Salam, Gombak, Ustaz Hj Azhari Ibrahim dan Al Fadzil Ustaz Haniff b Ghazali, Mudir Madrasah Al-Zubaidiyyah, Merbok, Kedah.

Pengalaman Dalam Perubatan Islam

Beliau mula menjalankan perubatan secara sambilan sejak tahun 1998 dengan menjalankan rawatan kepada pesakit tertentu apabila diminta. Antara rawatan besar yang pernah dilakukan beliau ialah membuat pendinding dan pagar di blok Asrama Pelajar yang sering diganggu mahkluk halus di sebuah universiti di Malaysia pada tahun 1998.

Walaupun ketika bekerja tetap di sebuah syarikat multinasional di Pulau Pinang, beliau tetap memberi khidmat rawatan kepada mereka yang amat memerlukan. Oleh kerana terlalu ramai pesakit yang memerlukan rawatan daripada beliau, beliau akhirnya melepaskan jawatan pada tahun 2010 dan memberi tumpuan sepenuh masa di dalam bidang perubatan Islam dengan mengasaskan Pusat Rawatan Islam Darul Muallij.

Beliau adalah penceramah tetap bagi siri-siri Seminar dan Bengkel Praktikal Perubatan Islam dengan Pengijazahan anjuran Pusat Rawatan Islam Darul Muallij yang di adakan di banyak tempat terutama di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Beliaujuga banyak menerima undangan kuliah dan ceramah berkenaan perubatan Islam di masjid-masjid, agensi-agensi kerajaan dan swasta terutama di Pulau Pinang.Kini, beliau merupakan penyampai kuliah perubatan Islam bulanan secara tetap di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.

Perubatan yang diamalkan oleh beliau adalah berasaskan Illahiyyah (Terapi Menggunakan al Quran dan Doa-Doa Mathur) dan Alamiyyah (Penggunaan Ubatan Alami).Alhamdulillah sudah beribu pesakit yang sudah berjaya disembuhkan dengan Izin Allah SWT.

Beliau mempunyai keazaman untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam agar mengelakkan dari mengambil perubatan secara perbomohan yang menyalahi syarak dan mengambil kaedah perubatan yang sebenar menurut syarak.

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat