Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, September 15, 2015

ADAKAH AL QURAN HANYA PENAWAR PENYAKIT HATI BUKAN FIZIKAL?

ADAKAH AL QURAN HANYA PENAWAR PENYAKIT HATI BUKAN FIZIKAL?

Muhammad Nuruddin Bashah

Dalam sebuah makalah dalam majalah terkenal tempatan ada pembaca bertanyakan kepada penulis makalah berkenaan berkenaan maksud sebenar Al Quran sebagai penawar. Katanya beliau disoal oleh pembaca berkenaan tafsir ayat Al Isra’ 82 yang berbunyi:



“ dan kami turunkan dengan beransur-ansur daripada Al Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya. Dan sebaliknya Al Quran tidak menambahkan orang yang zaim melainkan merugikan”.

Ada pembaca majalah berkenaan yang membaca ayat syifa pada kakinya yang berpenyakit gout namun tidak juga sembuh. Beliau menyoal ustaz berkenaan sejauh mana kebenaran ayat Al Isra’ berkenaan?

Ustaz berkenaan menyatakan bahawa maksud sebenar prenawar (syifa) dalam ayat Al Quran adalah bermakna penawar hati sejajar dengan maksud ayat Surah Yunus 57 :



“ Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu Al Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman”.

Sebenarnya syifa bukan sekadar penyakit riya’ sombong, ujub, dengki dan khianat, syifa’ Al Quran juga mampu menyembuh penyakit fizikal dan separa fizikal jika dilakukan dengan kaedah yang betul sebagaimana diamal oleh ulama’ muktabar yang menemui kaedah berkenaan.

Misalnya Surah Anbiya’ ayat 83 yang menceritakan doa Nabi Ayub amat ampuh untuk kebanyaka penyakit fizikal namun bagaimana dengan kaedah perlaksanaan? Niat? Dan bagaimana amalan sampingan untuk mengampuhkan bacaan ayat berkenaan? Inilah peranan Muallij, perawat Islam yang dilatih khas untuk membatu pesakit.

Dalam surah Isra’ berkenaan ada dinyatakan hanya bagi yang beriman ia menjadi syifa’ dan penawar sedangkan bagi kaum zalim ia akan menjadi suatu yang merugikan.

Telah banyak kes berlaku di mana jin kafir menerima seksaan setiap kali dibacakan ayat ruqyah mengazab jin. Namun selepas jin memeluk Islam, bacaan kurang atau langsung tidak menyakitkan lagi mereka. Bermakna ia memang bermanfaat kepada yang beriman. Manakala bomoh yang juga menggunakan ayat Al Quran tetapi dengan cara songsang, najis, jijik dan menyeru jin kafir ayat berkenaan memberi kesan sihir juga namun ia merugikan para bomoh. Bomoh akan diazam di kubur dan di akhirat kelak akibat kesyirikan mereka.

Penulis semakin yakin dengan keampuhan ayat Al Quran sejak mempelajari perubatan Islam daripada beberapa guru. Keindahan ayat Al Quran akan terserlah jika kesannya dipelajari sehingga ke akar umbi.

Bacalah Al Quran, beramallah dengan Al Quran.



1 comment:

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat