Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, September 15, 2015

Di mana titik bekam amalan Nabi?


Alhamdulillah walaupun baru beberapa minggu mula berbekam selepas menerima ijazah sanad berbekam melalui Darul Ansar saya mendapat pesakit dan pelanggan dari pelbagai lapisan umur dan jenis pesakit.

Namun perlu diingatkan bahawa Rasulullah berbekam sebagai 'disease prevention' bukan selepas Baginda menerima penyakit.

Baginda tiada rekos penyakit makanan seperti kita di Malaysia ini malah Baginda selain manjaga diet, juga kerap berbekam untuk membuang unsur kotor melalui makanan harian.

Lantaran itu jika ada pelanggan bertanyakan di manakah tempat point untuk dicadangkan mereka berbekam saya hanya akan mencadangkan titik point yang diamal Baginda sahaja. Namun jika atas permintaan pesakit atau pelanggan saya akan lakukan juga menurut point dikehendaki selagi bukan point berbahaya.

Berbekamlah sebelum anda sakit. Jika ada lenguh tengukuk dan belakang akibat bekerja di hadapan PC, silalah amalkan bekam.

Insya Allah anda sihat dan niatkan untuk beribadat dengan sebaiknya.

Muhammad Nuruddin

Hubungi saya dan isteri saya di:



No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat