Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, July 28, 2016

ZIKIR PELINDUNG PERAWAT DAN PESAKIT YANG MUJARAB


Amalan untuk pelindungan para perawat dan pembekam dan pengurut antara yang dipesan guru saya adalah 

Lailahaillah wahdahu la syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wa huwa ala kulli syaiin qadir.


Seeloknya dizikir 100 kali (kurang pun tidak mengapa). 

Bagi pesakit gangguan jin/sihir/saka selalu saya beri petua zikir ini dalam senarai amalan harian pesakit. Ia juga boleh dibuat melalui rendaman kaki dengan air garam suam panas. 

Caranya, garam kasar/bukit dibacakan ayat kursi, dihembus. Dibancuh dengan air panas suam. Rendam kaki dan mulut berzikir dengan zikir di atas sehingga air menjadi sejuk (sekitar 45 minit hingga 1 jam)

Insya Allah ada yang beri maklum balas mujarab.

Khasiat zikir di atas juga disebutkan oleh Rasulullah dalam hadis di bawah (Riwayat Imam Bukhari hadis ke 3050)



3050. Telah bercerita kepada kami 'Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami
Malik dari Sumayya, maula Abu Bak dari Abu Shalih dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu
bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 "Barang siapa yang membaca

laailaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kullisyai'in qodir (Tidak ada ilah (yang berhaq disembah) selain Allah Yang Maha Tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) 

sebanyak seratus kali dalam sehari, maka baginya mendapatkan pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, ditetapkan baginya seratus hasanah (kebaikan) dan dijauhkan darinya seratus keburukan dan baginya ada perlindungan dari (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat lebih banyak mengamalkan (membaca) zikir ini".


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Tuesday, July 26, 2016

MANDI AIS BANYAK KHASIATNYA....

Selain menyelesaikan masalah gangguan jin,saka dan sihir, ais juga ada banyak khasiatnya....

Dari laman http://temanaura.blogspot.my/2015/01/kebaikan-mandian-ais-bersama-teman-aura.html  

Mengikut kajian oleh Bleakley dari Universiti Ulster di Ireland Utara, beliau mengumpulkan data mengenai 366 atlet untuk mengesahkan kebenaran khasiat mandian ais untuk mengurangkan kesakitan. kajian mendapati atlet yang membuat mandian ais selama 5 hingga 24 minit cepat sembuh iaitu dalam masa 4 hari dengan kadar peratusan sembuh sebanyak 15 hingga 20%.

                                                                                                Sumber: Artikel Cochrane Library



Rendaman badan dengan ais telah lama diamalkan oleh para atlet seluruh dunia kerana keberkesanannya terhadap kesihatan dan tubuh badan.

Jom kita lihat antara kebaikan mandi ais....

1. Mandi ais merupakan satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.

2. Menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan.

3. Kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi ais adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekaligus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

4. Dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh badan.

5. Membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak.

Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak. Apabila badan terdedah kepada suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga seterusnya menjadikan tubuh lebih kurus.

6. Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan. Kajian mendapati air sejuk boleh merangsang 'titik biru' pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

7. Menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori.

8. Mengurangkan masalah jerawat pada wajah.

9. Menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

10. Membantu memulihkan otot yang tercedera selain mengurangkan kesakitan sebanyak 20%.

11. Untuk kaum lelaki pula, mandi ais dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan

MANDI AIS BERKESAN...CUBALAH...


Mandi ais memang berkesan menghalau gangguan terutama sihir dan melemahkan saka.

Selepas mandian bidara dan limau tdak berkesan se;alunya saya akan sarankan pesakit mandi air dicampur garam kasar dan dibacakan ayat kursi 11 kali (bilangan tidak penting).

Pesakit yang gangguannya kuat di perut dan kepala sealunya amat mudah dengan kaedah mandian ais.


Untuk menambah ummp, ais itu elok dicampur limau nipis, air mawar, sintok dan dibacakan ayat ruqyah penuh atau ais dicampur bidara, sireh, lada hitam dan garam.

Bagi self healing, pesakit gangguan boleh buat sendiri mandian ais. Pengalaman singkat saya, mandian ais tanpa druqyah juga ada kesan kepada sakit gangguan. dan banyak khasiat ais yang sukar diceritakan dalam tulis pendek ini.


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

AIR SIREH MUNTAHKAN GANGGUAN


Gangguan kuat dalam badan, tiada tanda ingin keluar walaupun diruqyah panjang, Saya gunakan :

Sireh dibacakan ayat ruqyah, ditumbuk dan dicampur air mineral. Minuman sireh mampu memuntahkan gangguan dalam perut.

Pengalaman saya pesakit akan:

1) Muntah  mudah selepas minum

2) Buang air kecil dan air besar banyak 

Selepas buang air dan munta pesakit rasa lega dan kurang sakit terutama pada perut.

Bahan lain kerap saya guna adaah air garam serta air limau nipis ruqyah. Cuma air sireh lebih kuat kesannya.


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Banner Ayat Ruqyah Nabawiyyah


Monday, July 25, 2016

AMALAN AYAT KURSI DIULANG BANYAK KALI


Assalamualaikum,

Ulangan ayat kursi mampu menyakiti dan mencederakan gangguan malah mematikan dengan izin Allah.

Tiada perawat boleh mendabik dada bahawa kami mampu membunuh jin malah berniat membunuh tanpa alasan kuat juga merupakan satu dosa (pesanan Ustaz Afzan Pengasas Darul Muallij P.Pinang).

Ulangan ayat Kursi diamal oleh saya selepas mendapat pesanan daripada Muallij ustaz Ahmad (Pengasas Terapi Syifa) dan saya gunakan bacaan ayat kursi 21-50 kali dalam setiap sesi untuk menyakiti makhluk berkenaan. Malah saya galakkan pesakit membaca ayat kursi puluhan mencecah 101 kali apabila selepas rawatan untuk memastikan saki baki sakit hilang.

Alhamdulillah ada yang memberi respon berjaya menyelesaikan gangguan selepas beberapa kali amalan ayat kursi. 

Syarat amalan

1) Ikhlas

2) Tidak mencari siapa salah, tidak berdendam

3) Mengulang-ulang amalan

4) Berterusan walaupun selepas sembuh.


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

JANGAN PERCAYA KATA-KATA JIN SEMASA TERASUK

Assalamualaikum, ada sekeluarga hadir berubat gangguan si anak. Memang agak kuat gangguan itu dan seperti biasa kita tidak akan menjadi 'kahin' menenung dari mana datang gangguan.
Namun si nenek cukup yakin bahawa ibu tiri mangsa adalah penyihir cucunya. saya menegur dengan tegas jika mahu berubat dengan saya jangan sesekali mempercayai kata-kata jin syaitan. 

Ketika terasuk si jin boleh buat apa sahaja termasuk membawa keluar pisau, parang, (ntah dari mana dia samun) jarum seolah-olah benar mangsa terkena sihir dan menuduh pula si ibu tiri yang membuat sihir. Pada pemerhatian saya sepanjang rawatan si ibu tiri terus membaca ayat kursi puluhan kali mengiringi rawatan si anak tiri.

Jika kita yakin benar dengan kata-kata syaitan...kita pun macam dia juga (maaf cakap walaupun si nenek bertudung labuh)

Ramai yang walaupun mengaku mengaji, saat diuji kita tahu kita di tahap mana.... Syarat kesembuhan adalah redho dengan sakit, tidak berdendam dan buat amalan dengan ikhlas.
Hubungi : Muallij Nuruddin 017 6291368



Wednesday, July 20, 2016

PERKHIDMATAN SAYA DAN ISTERI

PERKHIDMATAN SAYA DAN ISTERI

1) RAWATAN RUQYAH (JAMPI DENGAN AYAT AL QURAN, ZIKIR, SELAWAT DAN AZAN)

2) BEKAM SUNNAH

3) URUT REFLEKSOLOGI

4) URUTAN BADAN PENUH


SIHIR DITEMPAT KERJA... jangan syak, rawat sahaja


Assalamualaikum, awal bulan Julai  dijemput merawat seorang wanita berkerja (Butterworth) yang menerima gangguan makhluk halus. Lidah keras, dada sakit, belakang dan belikat sakit berubah tempat serta pelbagai simptom lain.
Seperti biasa pesanan saya jangan mengesyaki sesiapa atau menuduh sesiapa walaupun pesakit mengakui sakit makin terasa apabila melangkah ke lokasi kerja. Ini syarat kesembuhan.
Rawatan ruqyah ayat Al Quran penuh, azan, selawat, mandian daun bidara, minyak kasturi ruqyah disediakan untuk pesakit. Tidak lupa juga beberapa ayat amalan diajar serta diamanahkan kepada pesakit. Rawatan tamat selepas sejam setengah rawatan.
Jika ada masalah yang sebegini hubungi :
017 6291368 / 012 5296690 (Muallij Nuruddin)
Pusat Rawatan Islam Darul Muallij P.Pinang (Caw Sg Petani)


PADAMKAN ILMU GUNA-GUNA DENGAN AYAT AL QURAN


Kes beberapa hari lalu. Ibu muda hadir dgn ibu bapanya. Suami lari entah ke mana tapi isteri gila bayang,rindu melampau, muka suram, menangis setiap hari.
Selepas dgr ruqyah penuh,diazankan dah mula tersenyum dan mula mahu baca ayat al quran untuk amalan. Katanya otak dah kosong tak nampak dah wajah suami yg digila bayang.
Alhamdulilah.
017 6291368 (Mualij Nuruddin)

TANAM POKOK BIDARA DEPAN RUMAH

Pokok bidara ku kian tambah pucuk daun. Benih dari Darul Ansar.. Alhamdulilah...


Bacaan yasin untuk pesakit Rawatan Islam Umul Syifak

Bacaan yasin untuk pesakit Rawatan Islam Umul Syifak semalam di pusat rawatan Taman Delima. Ustaz Din masak dan buat sendii ketupat serta rendang daging herba yang sedap dan berkhasiat... saya tak pernah makan ketupat pulut, semalam memang saya makan sebab rendang tu...

Ustaz Din adalah salah seorang guru rawatan islam dan guru urut saya..










BACALAH SURAH PANJANG

Pesakit gangguan dinasihatkan membaca surah Ibrahim, surah As Soffat , surah Yasin, Ad Dukhan dan beberapa surah panjang secara penuh untuk melemahkan gangguan seterusnya menuju kesembuhan.
Saya juga dalam sesi ruqyah selepas dibacakan ayat ruqyah penuh, saya akan memilih sama ada Soffat, Yasin atau surah Ibrahim untuk dibaca penuh. Selalunya ada kesan dengan bacaan surah secara penuh.
Insya Allah, dalam kitabNya ada kesembuhan... kita buat ja...
GAMBAR- pakcik zul, jiran hadir beraya di raya pertama, beliau juga merupakan pesakit yang berbekam dengan saya beberapa kali.


ANAK MENANGIS MALAM - PUNCA MUNGKIN PADA IBU BAPANYA...


Assalamualaikum, jika si anak menangis luar biasa beberapa hari berturut-turut, muka cekang, tangan genggam dan bunyi tidak seperti bayi biasa bermula maghrib atau tengah malam, mungkin ada gangguan. Baru-baru ini kes bayi ini ada kaitan dengan punca di badan si ibu. Apabila ayat Al Quran dibacakan si ibu rasa sakit dan tidak selesa. Maka rawatan bertukar kepada rawatan si ibu.
Anda hadapi perkara yang sama? Bacakan dahulu surah falaq belasan kali pada anak, azan 3 kali. Jika tidak berhasil dan inginkan khidmat perawat sila hubungi :

017 6291368 atau 012 5296690 (Muallij Nuruddin)
Juga rawatan bekam disediakan.

PREMIS DARUL MUALLIJ- tempat pertama saya didedah ilmu rawatan Islam...



Inilah premis utama Pusat Rawatan Darul Muallij di mana tempat pertama saya didedahkan ilmu rawatan Islam kaedah ruqyah. Ustaz Afzan yang menjadi pengasas sudi mengadakan kursus kecil seramai 6 orang peserta kerana memnuhi kehendak saya untuk belajar ilmu rawatan segera ketika itu memandangkan kesihatan saya yang tidak baik sebelumnya...
Inilah premisnya...ingat lagi ketika pertama kali berada dalam bilik ini... boleh kah aku merawat orang...aku baca Al Quran pun sedang-sedang sahaja, tak rajin mana....
Hari pertama tamat pengajian perkara pertama lakukan adalah pulun menghafaz ayat-ayat ruqyah, jazamkan dalam diri melalui ulangan banyak kali.
Terima Kasih guru utamaku Ustaz Zan (Afzan)
Hubungi beliau untuk rawatan : 019 5671731


GANGGUAN BERTAHUN... amalan zikir dan ulangan ayat ratusan kali adalah antara cara berkesan


Assalamualaikum,
Semalam sekeluarga hadir dari taman bersebelahan taman saya (Bandar Puteri Jaya), ganguan tiap hari tak dapat tidur, mimpi ngeri, sakit kepala,perut penuh angin. disebabkan telah berubat bertahun lamanya saya guna kaedah ulangan untuk sakitkan gangguan. Ayat kursi, ayat 23 al furqan, zikir lailahaillallah ratusan kali diselang seli minum air ruqyah untk keluarkan gangguan. amalan diserahkan.

Pesakit positif,redha dan tau ada ganjaran syurga dalam sakit mereka. alhamdulilah.

Hubungi Mualij Nuruddin
0176291368
juga rawatan di rumah anda.

PERUT MEMBUSUNG WAKTU MAGHRIB?



Assalamualaikum, pesakit ini pekerja di tempat saya bekerja, Beliau menderita dua tahun simptom berikut:
1) Ada benda keras tersekat di tekak (doktor lihat tiada apa-apa)
2) Gangguan tgh tidur tak dapat tidur
3) Sesak nafas seperti dicekik
4) Perut membusung bermula maghrib hingga subuh.
5) Sakit bahu
Saya bacakan ruqyah penuh, zikir lailahaillah (bersama pesakit) dan bacakan surah Ibrahim penuh untuk beliau. Perut mengecut katanya, sendawa, dan batuk tidak henti sepanjang zikir. Selepas tamat surah Ibrahim katanya tiada lagi benda di tekaknya dan sakit bahu hilang. Saya minta beliau pasang surah Ibrahim sepanjang malam. Ayat amalan diberikan. Rawatan tamat.
Hubungi 017 6291368 (Muallij Nuruddin)
Rawatan di bandar Pueri Jaya dan juga rumah anda.

Monday, July 18, 2016

CUBA RAWATAN MANDIAN BUNGA AURA SERI....


Rawatan aura seri bunga untuk menaik seri, ikhtiar jodoh, rawat sihir dan makluk halus dengan mandian haruman bunga, limau dan kasturi.

Sediakan :

Limau nipis/purut 9 biji
Bunga mawar 9 kuntum
Air mineral sebotol
Air mawar sebotol atau minyak kasturi sebotol

Kos khidmat RM 50 sahaja.

Kaedah, bacaan ayat Al Quran, ayat pembatal sihir, selawat, pesakit dibekalkan ayat amalan dan diminta menjaga syariat/aurat.

TIADA KAITAN AMALAN SYIRIK ATAU RITUAL AGAMA LAIN

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

KHIDMAT URUTAN TRADISIONAL SATU BADAN LELAKI


Assalamualaikum, saya membuka khidmat urutan satu badan untuk lelaki sahaja. Jika berhajat hubungi

017 6291368 ( Muallij Nuruddin)

Friday, July 1, 2016

TERGANGGU DENGAN SUARA MISTERI YANG MENGAJAK KE ARAH NEGATIF


Dua hari lepas dikunjungi seorang anak muda dari Kulim bersama ibunya mengadu mengidap sakit mendengar suara pelik yang membisik perkara negatif, mungkar, syirik ke telinganya.

Bunyi suara wanita dan lelaki itu kian kuat terutama ketika bersendirian, ketika ambil wudhuk serta ketika berada dalam masjid.

Beliau hanya mampu tidur jika memasang ayat ruqyah sahaja. Kesian badannya kurus. Pesakit ini kelihatan tertekan. 
Saya ruqyah penuh serta mengulang ayat surah Ar Rahman serta menekan di tengkuk, tapak kaki, tepi kangkang dan kesemua point ini kelihatan dia menderita kesakitan. Katanya kepala panas, tekak sakit, dada berombank dan perut rasa ada jarum.

Saya minta beliau berbaring dan bacakan keseluruhan surah Ibrahim. Pada ayat-ayat penyiksaan saya ulang beberapa kali.

Beliau mengaku ada keringanan di kepala, dada dan tekak cuma rasa masih ada di perut. Disebabkan masih berpuasa tak dapat saya berikan air garam untuk memuntahkan pesakit.

Semasa saya mencalit minyak kasturi di perut beliau, beliau mengelepar katanya seperti dihiris.

Pesakit diminta amalkan:
1) Fatihah 17 x
2) Ayat kursi 11 x
3) Surah An Nas 101 x
4) Yasin ayat 9 - ulangan


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat