Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Friday, July 1, 2016

TERGANGGU DENGAN SUARA MISTERI YANG MENGAJAK KE ARAH NEGATIF


Dua hari lepas dikunjungi seorang anak muda dari Kulim bersama ibunya mengadu mengidap sakit mendengar suara pelik yang membisik perkara negatif, mungkar, syirik ke telinganya.

Bunyi suara wanita dan lelaki itu kian kuat terutama ketika bersendirian, ketika ambil wudhuk serta ketika berada dalam masjid.

Beliau hanya mampu tidur jika memasang ayat ruqyah sahaja. Kesian badannya kurus. Pesakit ini kelihatan tertekan. 
Saya ruqyah penuh serta mengulang ayat surah Ar Rahman serta menekan di tengkuk, tapak kaki, tepi kangkang dan kesemua point ini kelihatan dia menderita kesakitan. Katanya kepala panas, tekak sakit, dada berombank dan perut rasa ada jarum.

Saya minta beliau berbaring dan bacakan keseluruhan surah Ibrahim. Pada ayat-ayat penyiksaan saya ulang beberapa kali.

Beliau mengaku ada keringanan di kepala, dada dan tekak cuma rasa masih ada di perut. Disebabkan masih berpuasa tak dapat saya berikan air garam untuk memuntahkan pesakit.

Semasa saya mencalit minyak kasturi di perut beliau, beliau mengelepar katanya seperti dihiris.

Pesakit diminta amalkan:
1) Fatihah 17 x
2) Ayat kursi 11 x
3) Surah An Nas 101 x
4) Yasin ayat 9 - ulangan


Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat