Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Sunday, August 21, 2016

4 Sebab Lambat Sembuh Dari Gangguan Jin

Ramai pesakit-pesakit saya yang mengalami gangguan jin bertanya kepada saya, mengapa mereka masih tak sembuh walaupun dah buat rawatan. Adakah anda juga mempunyai persoalan yang sama? Di dalam artikel kali ini saya kongsikan 4 sebab mengapa anda lambat sembuh.

1) Pesakit terlalu beriktikad pada perawat bahawa perawat mampu menyembuhkan gangguan jin yang dialami pesakit. Perlu diingat,perawat tiada kuasa langsung dalam menyembuhkan sebarang penyakit,hanya ALLAH SWT yang mempunyai kuasa mutlak dalam penyembuhan.Tugas perawat hanyalah sebagai tukang doa,dan tak lebih dari itu pun. Pesakit perlu betulkan iktikad bahawa hanya Allah SWT mampu memberi kesembuhan dan berjumpa dengan perawat hanyalah sebagai satu usaha dan ikhtiar.
2) Pesakit tidak melakukan sebarang rawatan susulan. Disini pesakit hanya datang dengan sekali sahaja berjumpa perawat. Senario orang melayu di Malaysia ni bila berubat, hanya datang sekali sahaja dan minta terus sembuh. Sedangkan gangguan yang dialami ada yang dah bertahun-tahun. Perlu diingat rawatan susulan amat-amat penting, kerana jin juga bersifat “self healing”, dimana jin akan sembuh dengan sendirinya akibat serangan perawat terdahulu jika tiada rawatan susulan.
3) Pesakit suka bertukar-tukar jumpa perawat. Disini senarionya, dengan hanya sekali pergi berjumpa perawat dan pesakit pula tidak sembuh-sembuh, dengan serta merta pesakit berjumpa dengan perawat yang lain tanpa menerima rawatan susulan dari perawat terdahulu. Saya mencadangkan pesakit perlu membuat minimum tiga kali rawatan susulan pada satu-satu perawatdemi mengelakkan bercampurnya kaedah-kaedah rawatan.
4) Pesakit agak malas beramal dan duduk goyang kaki kat rumah. Sejurus menerima rawatan dari perawat, pesakit perlulah beramal ayat-ayat pagar diri tiap-tiap lepas solat secara istiqomah. Ini penting bagi mengelakkan jin gangguan terdahulu memasuki semula jasad pesakit.
(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris.) 

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat