Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Sunday, October 25, 2015

Silat jurus kebatinan mampu 'menilik' ?


Ada seorang guru perempuan saya menceritakan bahawa semasa menyewa rumah baru mereka terdengar bunyi gendang dan serunai india di bilik air belakang.

Menyeramkan katanya... hampir setiap malam.

Si suami terus merujuk seorang guru silat jurus kebatinan Islam.... menurut guru silat berkenaan selepas bertafakur dan mulut membaca ;ayat-ayat' tertentu yang mungkin 'ayat al quran', beliau membuka mulut.

Katanya tapak belakang rumah itu dahulunya ada jin beragama Hindu menginap dan mereka sedang mengamuk...

Satu hari keluarga itu lalu ke belakang rumah yang berbukit, rupanya...

Memang ada kuil Hindu di disitu dan menurut penduduk tempatan memag selalu kuil memainkan lagu tertentu semasa sembahyang.

Silat jurus ada 'kasyaf' ??

Muallij bukan kasyaf, bukan ada maunah atau karamah, muallij hanya berdoa dan ikhtiar dengan ayat Al Quran...iu beza perawat Islam (muallij) dengan pesilat jurus kebatinan.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017 6291368

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat