Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Saturday, October 24, 2015

SAKA - masalah majoriti Melayu

Seorang wanita hampir separuh abad bersama ibunya menghadapi masalah saka keluarga yang telah mereka maklumi kewujudannya sejak sekian lama.

Gangguan dari saka menyusahkan kerana mereka sendiri kini tidak menjaga 'kebajikan' para jin berkenaan yang manja dengan tuan terdahulu. Kadangkala sakoit kaki, tangan, terdengar suara memanggil, ada ahli keuarga ternampak susuk tubuh penjelmaan makhluk berkenaan dan selaunya panas pada badan dan sukar tidur.

rawatan yang diberikan:
Pesakit diminta bertelekung dan menutup kaki. Selepas istiqfar dan selawat mereka mengikuti saya membaca sumpah pembatalan kontrak jin saka dengan suara yang lantang.

Saya bacakan ruqyah penuh...mereka mengakui sakit dan panas pada badan tertentu.

Saya teruskan dengan bacaan qasidah burdah... ternyata jin saka panas dengan bacaan bait-bait qasidah burdah.(petua Ustaz Muhammad Zan).

Rawatan lanjut:

1) Mereka mandi dengan air bidara ruqyah dan sedikit garam ruqyah dan limau nipis. (stok mandian 7 hari)

2) Minum air bidara dan garam ruqyah (stok satu jug untuk dihabiskan sehari semalam)

3) Rendaman kaki dengan air panas + garam ruqyah. sambil renam zikir Lailahaillah wahdahu la syarikalah. (stok 7 hari)

4) Zikir Lailahaillah wahdahu la syarikalah 100 kali inima sehari

5) Zikir lailahaillah ribuan kali jika mampu

6) Dipesan agar menyediakan CD player untuk dipasang ayat ruqyah sepanjang malam.

Rawatan diulang sama sebanyak 3 kali dan kali keempat dan kelima akan menggunakan bahan alami lain serta ditambah ayat-ayat yang lebih panjang untuk diamal.

Malam pertama sekepas rawatan kelihatan positif, sakit kaki dan belakang yang menjdi rutin telah hilang sedikit demi sedikit.

Muhammad Nuruddin Bashah (Muallij)
017-6291368






No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat