Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, June 23, 2020

KENAPA PERLU RAWATAN JARAK JAUH?


KENAPA PERLU RAWATAN JARAK JAUH?

" Ustaz duduk di bandar Puteri Jayakan? saya duduk di Bandar Astana jee...tak perlu jarak jauh ustaz saya boleh mai ke rumah....."

Ini antara komentar pesakit saya semasa saya tawarkan rawata jauh bagi kes mereka.

Mengapa perlu rawatan jarak jauh? Pesakit jarak jauh saya kini seluruh negara, Singapura dan Brunei.Ada juga kes rawat jauh adalah jiran belakang rumah saya dan jiran sebelah rumah saya sahaja. Eh kenapa pula mereka ni??

Kaedah rawatan jarak jauh saya bukan kerana pesakit duduk jauh...tetapi kerana saya rawat kes mereka lebih dari 10 hari pada setiap malam. Ada kes saya buat 20 malam, 30 malam dan ada 40 malam malah ada yang 2 bulan bagi kes emosi, gila, autisme.

Kenapa perlu masa yang panjang?
Kerana saya menggunakan kaedah doa, wirid, solat hajat, selawat. kaedah ini memohon bantuan Allah. Adakah mungkin dengan sehari dua berdoa akan sembuh??
Saya juga akan beri amalan khas kepada pesakit dan mereka akan laksanakan amalan itu di bawah pantauan saya. Kesan dan reaksi mereka akan saya konsultasikan setiap hari.

Adalah mustahil mereka boleh hadir ke rumah saya selama 20 hari pada tiap malam kan?

Kes yang sesuai bagi rawatan jarak jauh:


  1. Pemusnahan dan pembunuhan saka.
  2. Sihir puja yang melibatkan berbalas serangan bomoh. (jika rawat sekali dua, pesakit selalunya akan menjadi lauk diseksa bomoh yang membalas serangan selepas kita merawat sekali dua itu)
  3. Kes sihir rumahtangga (kes ini rumit sebab melibatkan sikap dan emosi)
  4. Kes orang hilang atau tidak balik rumah
  5. Kes toyol
  6. Kes busung dan santau yang BERULANG KALI KENA
  7. Kes jodoh dan kerezkian, sial, dibuli, masalah niaga.
  8. Kes ketagihan dadah
  9. Kes baran dan emosi (tanpa jin)
  10. Kes autism, skizo,mental.



Inilah kes yang banyak saya rawat sekarang...bagi sihir bomoh akan berbalas serangan kepada pesakit jadi dalam tempoh 20-30 hari selalunya bomoh akan serender akibat amalan perawat dan pesakit yang konsisten.
Bagi kes saka selalunya saka akan musnah dalam tempoh 20-30 hari rawatan. Insya Allah.

Bagi kes rawatan ke rumah yang tiada mahram atau rawatan tanah, rumah, kesai, sekolah  yang ingin dipagar terlalu luas dan besar, boleh diusaha cara jauh juga. Juga sesuai bagi rawatan ini adalah merawat pasangan kita yang enggan dan degil untuk durawat (manusia jenis tidak mengaku sakit).

Jadi inilah penjelasan saya.

Muallij Nuruddin (Muallij Sungai Petani)
0176291368

1 comment:

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat