Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Monday, April 4, 2016

Penyihir mengaku membuat sihir dan sakit akhirnya...

Ini kisah benar dan bukan tulisan pojok ala-ala majalah seram:

Di sungai Layar Kedah, saya pernah dijemput untuk merawat seorang wanita warga emas yang tidak mampu solat dengan baik akibat gangguan. Bila pakai telekung akan rasa kepala dicekak dengan kuat, sakit yang amat sangat. Si anak perempuan yang belum berkahwin menjaganya di rumah pusaka pernah terlihat beberapa kali lembaga lelaki besar duduk berdekaan si ibu semasa tidur. Bau bangkai terhidu waktu tertentu dalam rumah, kenderaan dan semasa mereka ingin niat menjemput perawat!

Saya dijemput oleh anaknya yang tinggal di Perak. Seperti biasa saya bacakan ayat-ayat ruqyah, di azan di telinga dan mengajak keluarga bersolat jemaah.



3 hari saya merawat rumah berkenaan kerana ada pentunjuk dari si anak-anak bahawa si ibu tidak disukai adik beradik keliling rumah pusaka. Semasa merawat anak yang menjemput saya tersebut beliau menjerit dan mengilai dengan suara lelaki. Seorang pun adik beradik keliling rumah tidak hadir menjenguk seolah-olah tahu aksi terkena sakit sedang berlangsung. Hanya jenguk melalui tingkap. Cukup mencurigakan.

Saya teruskan dengan bacaan surah al Baqarah beberapa muka surat dan membaca hizib intiqom beberapa kali.

Sebentar tadi selepas 3 minggu rawatan tamat, si anak memaklumkan ibu-ibu saudaranya berjumpa ibunya dan menuduh si ibu menjemput bomoh kuat  (dimaksudkan itu adalah saya) sehingga mereka sakit teruk terketar-ketar. "Kami berubat merata tak lega, bomoh apa hang pakai, tak pa kami akan tambah lagi kat bumbung rumah hang", si ibu saudara mengugut....

Saya telah berpesan kepada si anak-anak dan ibu berkenaan, amalan perlu diperkemas, ayat An Nahli ayat 126 dibaca perlu diniat Allah membalas setimpalnya. Hanya Allah layak membalas bukannya kerja kita. Jangan memaki sesiapa yang disyaki menyihir kita. 

Rupanya sakit patah balik, malah mereka tanpa malu mengaku selama ini menyihir si ibu malang berkenaan.

Apa rawatan yang saya buat?

1) Ruqyah ibu dan anak beberapa kali

2) Mandian ruqyah

3) Air ruqyah

4) Azan di rumah beberapa kali

5) Merenjis keliling luar rumah dengan air dibacakan surah Kauthar 11 kali dan ayat pembatal sihir. Air juga disiram ke dinding rumah dan disimbah ke bumbung rumah selepas anak bermimpi ular besar ada di atas rumah.

Selepas jin berjaya dikeluarkan dalam rawatan kedua, kata mereka malam itu kedengaran pintu rumah diketuk atas dan bawah beberapa kali sedangkan tiada orang diluar. Demikian yang diceritakan mereka sekeluarga. 

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat