Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, December 1, 2016

"USTAZ SI TUKANG SIHIR YANG SAYA SYAK NAMPAKNYA DAH SAKIT PELIK...."


- Semalam pesakit dari Batu Hampar datang ke rumah (wanita 44 tahun) bersama anak pinak untuk rawatan susulan kes disyaki sihir gila. Selama setahun pesakit kerasukan dan bercakap bahasa siam dll.

- Rawatan kali pertama saya buat di rumah berjaya mengumpul sebaldi tangkal dan buhul bomoh dan kesemuanya saya batalkan dengan izinNya. Saya batalkan sihir kali pertama dulu dengan al isra ayat 81-81 diulang 77 kali dengan izin Allah.

- Semalam datang dah tiada kerasukan hanya sedikit pergerakan aneh di perut ketika dibacakan ruqyah.

- Semalam saya guna teknik pelemah sihir iaitu Fatihah, Ayat kursi, 3 qul dan Az zumar ayat 38. Ayat ini adalah ayat terakhir dalam senarai AYAT 7. Saya ulang 21 kali.

- Pesakit diminta minum lagi air blen bidara, mandian dan spray rumah dengan air kolah masjid.

- Pesakit maklumkan individu yang disyaki menyihir katanya sakit dan pelbagai perkara neh berlaku selepas mereka beramal surah falaq 100kali sehari dan selepas rawatan pertama dulu.

- Saya kata pertama jangan syak, jika syak pun diam sahaja. Memang ada kesan kepada penyihir jika kita amal surah falaq ratusan kali  dengan ikhlas dan khusyuk.... Jangan aibkan individu yang kita syak. Diam sahaja....

Hanya yang ada pengalaman sahaja boleh ceritakan hal ini.

017 6291368  (Muallij Nuruddin)


No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat