Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Monday, July 31, 2017

BOMOH AHLONG


BOMOH AHLONG
===============
Satu bapa mangsa sihir dijampi saya kelmarin petang.
Rupanya terlibat dengan BOMOH.
Malah sekarang dikatakan menanggung hutang puluhan ribu dengan bomoh itu kerana bomoh letak pengeras ribuan ringgit dan ada BUNGA pulak!!!
Si isteri menangis cerita gaji suami selesa tapi dok bayar bomoh sampai tak ada nafkah keluarga lagi.... suami dia mengaku apa yang isteri ceritakan...
Inilah syaitan...inilah yang selalu saya tegaskan. Semalam saya cakap dengan nada tegas dan agak marah agar bertaubat, tinggalkan bomoh dan ke balai bolis buat report segera kerana ini kes penipuan!
Kata si bomoh jika tak bayar hutang bunga akan naik dan dia akan hantar gangguan kuat kepada lelaki pekerja TNB ini.
Saya kata kita ada Allah...kita lawan saya akan tolong pak cik lawan...kita kuatkan amalan!
Muka dia pucat lesi seolah takut benar dengan si bomoh syaitan itu.
Apa punca pi jumpa bomoh? Katanya sakit sakit badan. Saya kata mai kat kami para muallij dan ustaz baru rm 30-50 hampa nak bagi pun...tu pun tak mau mai...pi percaya khurafat.
Inilah realiti masyarakat. Tv kita dilambak rancangan puja syaitan dan kehebatan rawatan bomoh.
Inilah sebab utama saya iklan rawatan tiap hari.
Guru saya Ustaz Ahmad Bin Husin Muallij menggesa saya istiqamah iklankan rawatan kerana ramai melayu tak tahu apa itu rawatan Al Quran sejati yang tak makan modal malah beruntung di akhirat kelak...
Syukran guru ku... akan saya terus perangi saf saf syaitan ini.
017 6291368

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat