Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Saturday, November 28, 2020

PERAWATAN DENGAN BAWANG PUTIH.



 PERAWATAN DENGAN BAWANG PUTIH.


Resepi gastrik teruk
Makan mentah bawang putih yang telah dikupas kulit dengan mengunyah lumat lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.

Resepi rebusan
Bawang putih diketuk dan dimasukkan ke dalam gelas yang berisi air yang panas yang baru mendidih. Kemudian tutup gelas dan biarkan beberapa minit. Wapnya disedut dan minum airnya ketika masih panas/suam

Resepi bermadu (asma/gerd)
Bawang dicencang dan dipanggang dengan madu lebah lalu dimakan


Resepi Minyak sapu dada bawang putih(batuk,asmak teruk)
Goreng daun salam & bawang putih dalam sedikit sahaja minyak zaitun (agak² tenggelam je) dengan api yang sangat perlahan hingga garing. Jangan sampai hangit, nanti banyak khasiat bawang putih hilang. api kena kecil.
Masukkan dalam botol kecil (travel bottle) untuk kegunaan harian.

Resepi minyak Sengal tulang, sengal sendi
Tumbuk lumat bahan-bahan 3 ulas bawang putih,3 biji buah pala,20 biji lada hitam, 10 bunga cengkih, 2.5 halia, ½  sudu teh jintan manis dan selepas itu dicampur sedikit minyak kelapa lalu digaul rata bahan-bahan tadi.  Lalu digosokkan di tempat yang sakit.

Masker penyakit kulit
Bawang putih yang telah dikupas kulit ditumbuk lumat dan ditampal di kawasan kulit yang bermasalah,jerawat, kudis dll.

Resepi sakit Gout 
Amalkan makan 3 – 5 biji bawang putih sehari. 

Tonik  Pertumbuhan rambut. 
Sediakan 5 hingga 7 biji bawang dan air. Blender bawang hingga halus seperti masker. Sapukan bawang putih tersebut di rambut hingga ke kulit kepala. Ramas rambut dan buat urutan di kepala.  Biarkan/peram selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bilas dengan air yang bersih. Lakukan 2/3 kali seminggu.

Snek keropok bawang (gerd,gastrik,demam)
Hiris nipis bawang putih
Goreng dengan minyak zaitun, tos dan simpan di tempat kering.

Bawang putih bakar(gerd,anxiety,selsema)
Ketuk satu labu bawang putih dengan lada hitam, goreng kering atau panggang. Masuk dalam.mangkuk dan tuang minyak zaitun.Makan panas panas.

Di antara khasiat bawang putih :

1) penyakit kanser ( terutama kanser perut dan kanser usus). Untuk kanser boleh cuba semua kaedah di atas.
2) Kekacingan (Menyingkirkan cacing di perut dan usus)
3) Gout
4) lemah ingatan
5) jerawat
6) keguguran  rambut
7) kencing manis--Menurunkan tahap gula dalam darah
8 ) Merawat penyakit bronkitis
9) gigitan anjing
10)  angin di dalam perut
11)  cirit-birit
12) Pencuci organ di dalam tubuh
13) Merawat Asma
14) Lelah
15) Batuk
16) batuk kokol
17)  buasir
18)  Busung
19)  penyakit tekanan darah tinggi
20) Mengurangkan tahap kolestrol yang tidak  baik dan meninggikan tahap kolestrol yang baik.
21) putus haid/senggugut
22) keputihan
23) Masalah limpa
24)  digigit haiwan berbisa
25) pelbagai penyakit kulit seperti panau
26)  tiada keinginan seks
27) kesan antibeku darah
28) penyakit tibi
29)  kelihatan tua dari usia
30) penyakit reumatisme (penyakit radang dan dan rasa sakit terutamanya pada otot dan sendi
31) tifoid (penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica)
32) air kecil tidak lawas
33) masalah gastrik
34) Meningkatkan kesihatan tulang-  bawang putih tinggi dengan zat sihat seperti zink, mangan, vitamin B6, dan vitamin C
35) Sakit gigi dan gusi
36) Selsema
37) Bisul
38) Ekzema
39) Ketuat
40) Kudis 
41) Kurap
42) Kutil
43) Lecur/luka
44) Sengatan
45) Telinga bernanah
46) Najis berdarah
47) Sesak nafas
48) Keracunan
49) Sengal tulang
50) Mata rabun
51) Suara serak
52) Panas badan
53) Sakit liang kemaluan
54) Penyakit kalenjar leher 
     


No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat