Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Saturday, January 14, 2023

Kupasan berkaitan ayat syifa' dalam al Quran

 Sedikit kupasan berkaitan ayat syifa' dalam al Quran....kenali sedikit ayat yang mustajab ini.

Melalui bacaan ayat-ayat suci al-Quran berbentuk ayat syifa, peruqyah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat tersebut kemudian berdoa dan mencari air dan diakhiri dengan doa.
“Cara membuat air asma bermula dengan membaca basmalah, hamdalah, selawat, ayat Syifa’. Langkah seterusnya ialah berdoa agar air tersebut dijadikan ubat, dan ditutup dengan dua ayat terakhir surat Yasin.
6 Ayat syifa dalam Al Qur’an
1 QS. At- Taubah :14)
Madaniyah
قَاتِلُوْهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّٰهُ بِاَيْدِيْكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُوْرَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِيْنَۙ
14. Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghina mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman,
2 QS. Yunus : 57
Makkiyah
يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَاۤءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ
57. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.
3 QS. An- Nahl : 69
Makkiyah
ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ
69. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.
4 QS. Al-Isra’ : 82
Makkiyah
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْاٰنِ مَا هُوَ شِفَاۤءٌ وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَۙ وَلَا يَزِيْدُ الظّٰلِمِيْنَ اِلَّا خَسَارًا
82. Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian.
5 QS. Asy- Syu’ara’ : 80
Makkiyah
وَاِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِيْنِ ۙ
80. dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,
6 QS. Fussilat : 44
Makkiyah
وَلَوْ جَعَلْنٰهُ قُرْاٰنًا اَعْجَمِيًّا لَّقَالُوْا لَوْلَا فُصِّلَتْ اٰيٰتُهٗ ۗ ءَاَ۬عْجَمِيٌّ وَّعَرَبِيٌّ ۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا هُدًى وَّشِفَاۤءٌ ۗوَالَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ فِيْٓ اٰذَانِهِمْ وَقْرٌ وَّهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًىۗ اُولٰۤىِٕكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَّكَانٍۢ بَعِيْدٍ ࣖ
44. Dan sekiranya Al-Qur'an Kami jadikan sebagai bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab niscaya mereka mengatakan, “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” Apakah patut (Al-Qur'an) dalam bahasa selain bahasa Arab sedang (rasul), orang Arab? Katakanlah, “Al-Qur'an adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, dan (Al-Qur'an) itu merupakan kegelapan bagi mereka. Mereka itu (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.”
Berdasarkan jadual di atas, enam ayat syifa boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu lima ayat diturunkan di Mekah dan satu ayat diturunkan di Madinah. Lima ayat tersebut adalah dalam:
(1) QS. Yunus : 57,
(2) QS. An-Nahl : 69,
(3) QS. Al-Isra': 82,
(4) QS. Asy-Syu'araa' : 80, dan
(5) QS. Fussilat : 44,
Satu ayat yang diturunkan di Madinah iaitu; QS. At-Taubah :14.
Dilihat dari bentuk ayat-ayat syifa dikategorikan kepada dua bentuk. Bentuk pertama adalah fi'il mudhori menggunakan kata yasfi/yasyfin yang terdapat pada dua ayat dalam Al-Qur'an QS. At-Taubah : 14 kedudukannya tergolong dalam ayat Madaniyah dan QS. Asy-Syu'ara' :80 kedudukannya tergolong dalam ayat Makkiyah.
Manakala bentuk kedua ialah bentuk kata masdar (terbitan) yang terdapat dalam 4 ayat dalam al-Quran. Kedudukan 4 ayat itu diturunkan di Makkah dan ayat-ayat tersebut seperti yang terdapat dalam QS. Yunus : 57, (2) QS. An-Nahl : 69, (3) QS. Al-Isra' : 82, dan (4) QS. Fussilat : 44.19
Rujukan: Sismanto Sismanto, & Tutik Hamidah. (2022). Kajian Ayat-Ayat Syifa dalam Perspektif Tafsir dan Implementasinya dalam Pengobatan Ruqyah. Studia Quranika: Jurnal Studi Quran, 6(2), 161–182. https://doi-org.newdc.oum.edu.my/10.../studiquran.v6i2.5651

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat