Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, January 14, 2016

Rawatan kanser dengan Al Fatihah

Semalam saya membantu merawat seorang sahabat yang isterinya mengidap kanser payudara di Tikam Batu.

Disyaki kansernya menular semula dan ada simptom sakit merebak rebak ke seluruh badan.

Pada sesi rawatan pertama ada petanda gangguan apabila dada pesakit berdebar mendengar bacaan ayat Al Quran.

Sesi kedua semalam saya minta mereka sediakan:

3 Botol besar air mineral

Minyak zaitun extra virgin

Kapsul habbatus sauda.



Saya meruqyah Al Fatihah 71 kali kepada barang berkenaan selepas membuat muqaddimah ruqyah.

Ruqyah dibaca jelas dan kuat serta didengar juga oleh pesakit.

Bacaan ayat lain seperti ayat kursi, selawat syifa dan tafrijiah serta bismillah  5 juga diulang-ulang.

Berdasarkan pengalaman guru saya di Pusat Terapi Syifa, masalah kanser 80% selesai atau berkurangan akibat mendengar bacaan ruqyah dan beramal dengan ayat Al Quran.

Saya beri amalan bacaan Al Fatihah 21 kali dan ditelan air liur setiap hari sekali serta zikir nafas Allahu dalam hati untuk mempercepat penyembuhan sel-sel kanser.

CD Al Quran wajib didengar setiap hari tanpa jemu.


No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat