Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, January 14, 2016

Sakit kepala yang tidak terawat dengan kaedah medikal...Al Quran pilihan anda

Selepas bekerja di kilang kelmarin saya dijemput 'melihat-lihat' anak perempuan seorang staf sekerja yang mengadu sakit belakang kepala yang teruk dan kerap terjadi.

Rawatan medikal telah dibuat. Saya nasihatkan mereka X Ray anak mereka.

Untuk ikhtiyar secara Al Quran, saya mula membaca ruqyah pada anak perempuan itu dengan memegang kepalanya serta menepuk-nepuk belakangnya. Juga dibacakan kepada air mineral.



Ayat penyembuh pening kepala diulang-ulang (Al Waqiah) dan si anak mengatakan sepanjang ruqyah pening dan sakit kepala hilang.

saya pupuk air ruqyah pada muka dan kepala si anak kerana badannya panas. Alhamdulillah sejuk sediakala.

Saya ingatkan si ibu agar memberi minum dan menyapu air pada kepala selalu. Jika habis air ruqyah, saya minta beliau bawa air kepada saya untuk dibacakan semula ayat Al Quran.

Rawatan tamat.

Allah Maha Penyembuh, kita hanya ikhtiar....

Muhammad Nuruddin (Muallij) dan Wardah
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690 (sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat