Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Friday, February 5, 2016

Merawat penagih dengan air kelapa muda dan garam bukit

Pagi sabtu saya dijemput untuk cuba ikhtiar rawat penagih estacy (pil khayal) seorang anak muda awal 20an rasanya. Dijemput oleh Ibu dan neneknya ke rumah.

Seperti biasa merawat ketagihan saya minta mereka sediakan :

1) Air kelapa 1 jug

2) Garam bukit halal gel sebungkus

3) Madu tualang asli sebotol (Rm 25 di farmasi muslim)




Saya ingatkan ruqyah ini mengandungi ayat Al Quran menawar racun akibat dadah dan rokok yang diketagihkan selama ini. Namun saya akan bacakan juga ayat-ayat sihir dan pemanas jin untuk lihat kesannya. Saya ingatkan kepada anak muda bahawa anda orang baik sebab itu anda serah diri untuk dirawat dan ingin menjadi muslim yang baik. Syaitan yang menghasut anda dan merosakkan minda anda sehingga anda menjadi penagih. Anda adaah sebaik-baik kejadian (saya bacakan ayat Surah Tiin)

Saya bacakan set ayat-ayat ruqyah biasa serta Doa nurun Nubuwwah.

Anak muda ada reaksi dada berebar dan bergetar sedikit kepalanya.

selepas tamat sesi awal saya tanyakan lanjut tentang dirinya. Anak muda mengaku jadi baran dan panas tiap kali mengambil wudhuk dan mahu solat. Malah semasa dibacakan ayat tadi beliau gentar dan berdebar.



Perlu diingat, menagih, melakukan dosa dan jenayah ada kaitan dengan syaitan, jin. Ruqyah dan bimbingan agama adalah antara cara menyelesai masalah masyarakat bukan sekadar hukuman.

Saya bekalkan ayat surah As Syuaara 168-169 berkaitan penampan gejala sosial. Ayat berkenaan adalah kisah Nabi Lut yang berdoa dijauhkan gejala sonsang masyarakatnya. Saya tulis ayat dalam tulisan rumi kerana kita faham bagaimana tahap bacaan Al Qurannya. Yang penting beliau baca ratusan kali setiap hari.



Kemudian saya bacakan bismillah 5 dan fatihah 30 kali pada air kelapa, garam dan madu serta ayat 23 Al Furqan untuk membatal perancangan jahat manusia dan syaitan kepada si anak muda.

Saya pesan solat, sabar dan istiqamah sepanjang merawat diri sendiri. 

Beliau perlu diberi air kepala muda campur sesudu garam bukit ruqyah setiap hari hingga habis semua garam untuk menawarkan racun.

Rawatan selesai.

Allah Maha Penyembuh, kita hanya ikhtiar....

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690 (sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat