Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Saturday, February 6, 2016

Orang tua ada saka? Belum tentu...


Beberapa kes yang saya hadapi kebelakangan ini adalah kisah orang tua yang seusia 70-90 tahun yang sudah uzur benar dan berperangani ganjil.

1) Suka marah-marah
2) Tidak mahu solat
3) Susah mandi
4) Agak pengotor
5) Gila dunia, asyik mengira harta dan wang serta ingatkan tanah rumah dll.

Selalunya keluarga atau jiran menyangkakan kes saka dan mula membicarakan kelakukan si tua semasa mudanya.

Dalam beberapa kes yang saya hadapi walaupun pada mulanya si tua memarahi saya atau memperlekeh bacaan saya tetapi semasa bacaan di baca dengan kuat kelihatan mata si tua berubah, redup dan ada yang mula mengikuti bacaan saya.

Akhirnya ada yang minta hadir semula untuk dibacakan semula...

Sebenarnya pada pandangan saya disebabkan si tua ada yang sakit terlantar ada yang lama di hospital dalam keadaan ibadat terbatas dan sakit, lemah disitulah punca untuk jin liar, syaitan untuk menghasut dan merasuki sebahagian tindak-tanduk si tua. Bukannya saka atau jin belaannya.

Selalunya metod saya adalah dibacakan ayat Al Quran dan selawat dengan kuatnya.

Dibacakan jampi pada cuka makan untuk disembur di bilik pesakit dan diberi habbatus sauda dan minyak zaitun yang diruqyah. Dua bahan sunnah ini ampuh untuk banyak penyakit orang usia emas. Malah menambahkan antibodi.

Amalan untuk si anak (dihembus kepala si ayah/emak) dan si pesakit sendiri:

1) Surah An Nas (qul auzubirabbinnas) - 21 X (lebih banyak lebih baik)
2) Surah Mukminum ayat 3 (Untuk elak bercakap merapu/merepek) - 21 X


3) Surah Mukminum ayat 9 ( galakkan jaga solat) - 21 X



Sekian.

Allah Maha Penyembuh, kita hanya ikhtiar....

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017-6291368/012-5296690 (sms/whatsapp/call)
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)

Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat