Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, May 24, 2016

MAKNA PERUBATAN MENURUT ISLAM

Bismillah, Yusuf ternyata sah kena sakit virus kaki tangan dan mulut.
Saya bawakan si manja saya ni ke klinik Poliklinik Azhar di area Bandar Puteri Jaya.
Alhamdulillah doktor sahkan beliau kuat dan boleh bertahan cuma kerjasama kami pasti kan dia mau minum, diberi aiskerim dan ubat secukupnya. Saya minta thymol untuk campur air masak kumur kat dia...
Menarik, atas meja doktor ada senaskhah terjemahan Al Quran yang kecil sedang dibaca sebab separa dibuka. Doktor muda (ganti dari hospital)...sepanjang menerangkan tentang sakit menyebut nama Allah..
" Allah jadikan DNA virus ni special.... macam ni macam tu...Insya Allah...Allah yang buat...."
Saya kata kat Wardah Binti Abdul Rahman inilah perubatan Islam. Guru kami Ustaz Muhammad Afzan pernah doktrinkan kepada saya, bahawa perubatan yang halal dan bersih disandarkan kepada Allah sebagai penyembuh semuanya adalah perubatan menurut Islam...
Moga Allah berkati doktor ini dan ramai lagi doktor sebegini muncul di dalam ummah kita.

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat