Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, May 10, 2016

PENYAKIT MENTAL-GILA



Semalam diminta rawat seorang pelajar yang sakit seperti 'hilang akal'. Kata ibu bapanya dah kali kedua jadi, diperiksa doktor normal.
Dalam perubatan islam memang ada rawatan gangguan sihir atau rasukan gila. Pesakit akan diruqyah panjang dan ada ayat amalan perlu dibaca oleh ahli keluarga di hadapan pesakit.
Antara surah terbaik di baca atau diberi MP3 atau kaset di hadapan pesakit adalah
1) Al Baqarah
2) Yasin.
3) Soffat
4) Jin.
Perdengarkan 3 kali sehari satu sesi 1-2 jam (menurut Sheikh Wahid Abdul Salam Bali)
Semasa dimandikan semalam ada reaksi cuma degil. Dalam pengalaman saya yang sekangkang kera ini, pernah membantu selesaikan (dengan Izin Allah) pesakit rasukan gila selesai dengan ruqyah, bacaan yasin dan amalan ahli keluarga.
Sakit dariNya dan ayatNya juga penawar bagi kita Insya Allah.
Muhammad Nuruddin Bashah.

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat