Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Tuesday, May 24, 2016

SEKITAR ISU TERKINI DUNIA MUALLIJ


Rawatan Islam menggunakan air penawar, jika pun ada kos ia adalah kos yang memadai dengan harga sebotol air mineral tambah penat lelah peruqyah dan masa muallij menyediakan air. Bukannya dijual seperti menjual emas. Para ulama' muallij HIjaz ada menulis mengharamkan sebarang bayaran dan perawat sepenuh masa namun ia ada banyak pandangan dalam menyediakan bayaran sekadar patut.
Isunya bayaran dan isu sepenuh masa sama sahaja dengan isu mengajar a Quran dengan bayaran pada akhir zaman bercanggah dengan keadaan di zaman Rasul, sahabat dan salafus soleh. Ia ijtihad berasaskan keperluan keadaan persekitaran. Demikian juga gaji para askar nabi tidak berbayar tetapi berbayar pada zaman Umar. Demikian juga ijtihad bisnes takaful yang tiada pada zaman Nabi.
Namun isu meletak sebarang kos rawatan melampau adalah isu berat. sama juga isu meletak harga pada apa-apa bisnes/kerja termasuk mesin rumput, mengurut/dobi/potong rambut perlulah berpatutan dan kena dengan pasaran. Demikian juga rawatan bekam.
Saya baru dijemput membantu kes gangguan akibat 'benda' warisan dalam keluarga di Baling sepasang suami isteri.... selepas rawatan pesakit diberikan helaian kertas ayat al quran dan selawat. Malah pesakit diajar bertalaqqi untuk memberi semangat mereka beramal.
Saya perhatikan di tangan pesakit ada gelang jed. Beliau kata pernah dapat rawatan sebelum ini. Katanya ada rawatan islam mewajibkan beliau beli dengan harga Rm 2000 !! Malah pesakit dilarang berawat dengan pihak lain, dilarang minum air yasin, dilarang baca ayat amalan yang tidak diijazah oleh beliau (hatta mathurat pun di larang) di minta langgan air gelombang ruqyah dengan harga RM 70 setiap minggu tidak termasuk kos ulangan puluhan ringgit. Beliau kehabisan RM 5000 sepanjang tahun lalu untuk sakit yang saya lihat tak sembuh langsung.
Kami batalkan gelang jed itu (disyaki ada sihir) kerana katanya gelang jed itu hanya kenal dia sahaja, jika orang lain pakai tiadak perlindungan (konsep perlindungan syirik dengan alat).
Dahsyat dan pusat rawatan sebegini rupanya banyak di Sungai Petani.
Saya katakan padanya saya tak akan buat rawatan susulan kerana saya bukan tagihkan wang anda. Anda amal sahaja ayat al quran, kerap ke masjid, bersedekah, bersihkan dalaman rumah,Insya Allah akan sembuh tanpa perlu merancang berjumpa dengan mana-mana ustaz, lebai atau sheikh lagi.
Rawatan yang gharar selalunya akan ada tambatan hati pesakit berubat di situ sahaja sehingga bergolok gadai... Adakah itu sihir yang digunakan atas nama rawatan Islam? Wallahualam. Moga Alah lindung kami.
Guru kami Sheikh Ahmal Rajab Al Ansari berkata dalam kuliahnya 'perlukah ayam di ruqyah? Ayam tiada taklifan syara', malah sunnah Nabi dan ulama' perawat Islam, hanya di bacakan pada pesakit bernama manusia.
Gambar ini mencerminkan betapa tidak perlunya air dibacakan sedemikian rupa. Jika pun di baca mungkin secara bergilir dalam satu pusat pengajian namun ia bukan rawatan terbaik kerana memandangkan si pembaca bukan berniat merawat pesakit. Paling sadis jika pembuat air hanya membuka CD player sahaja.
Rawatan Islam sebenarnya bersih, mudah, menambahkan amal, dan berpatutan.
Muhammad Nuruddin Bashah,
Pusat Rawatan Darul Muallij

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat