Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Monday, June 13, 2016

KERASUKAN DI BULAN RAMADHAN SATU REALITI

Diantara pandangan ulama berkaitan isu jin dibelenggu di bulan Ramadhan suka untuk saya petik dua pandangan.

Pandangan daripada Ibn Hajar al-‘Asqalani yang menukilkan daripada al-Halimiy: “ Maksud dibelenggu atau dirantai itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat untuk sampai melakukan fitnah (menggoda) kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan. Ini disebabkan umat Islam ketika itu sedang menyibukkan diri dengan ibadah puasa yang berperanan melemahkan syahwat, dan mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.

Menurut pandangan Imam As-Syafie pula : “ hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan”.

Dalam Facebook dihebah gambar kononnya hantu, syaitan dan jin berbaris untuk 'pulang ke kampung' bercuti sebulan sepanjang Ramadhan. Ini pandangan yang amat salah. Jika dikatakan perawat ruqyah (muallij) rehat selama sebulan juga pandangan yang salah.

Saya dikunjungi beberapa keluarga sepanjang Ramadhan untuk rawatan gangguan.

Dalam saya kes gangguan yang disyaki 'warisan' cukup degil untuk keluar walaupun telah 2 kali sesi rawatan. Namun ada perubahan suara jin yang semakin sakit, diam dan hanya kerasukan senyap sahaja berbanding kali pertama dan kedua, mengilai, menjerit sekuat hati dan memaki hamun saya.





Saya gunakan ratib al hadad serta hizib bahar untuk melemahkan jin warisan ini. Dalam Ratib al hadad bacaannya pendek-pendek dengan zikir yang mathur dari hadis Nabi saya ulnag-ulang puluhan kali. Bila sampai ke kalimah Lailahaillah kami zikir beramai-ramai (dengan hali keluarga) sebanyak 200 kali dan si mangsa menjerit kepanasan. Kalimah lailahaillah yang dizikir ratusan kali juga mujarab menyakiti jin yang katanya kebal dan kuat.

Kali penghabisan rawatan suara pesakit kian kendur. Setiap kali terpejam, terasuk saya sembur dengan air campuran kasturi dan garam yang diruqyah untuk sedarkan peakit, zikir dan ruqyah diterus. rasuk lagi, disembur lagi begitu lah berulang kali unuk mengelakkan jin menyakitkan jasad si pesakit dengan kerasukan berterusan. Saya pesan si suamai amalkan lamgkah yang sama.

Sepupu pesakit pula sakit seperti nazak, berbuih mulut dengan air liur, termuntah tetapi sedikit, sakit dada, belakang, sendiri seperti diketuk dengan kayu. Saya akan terharu dengan penderitaan akibat syaitan ini walaupun di bulan Ramadhan. Bacaan 3 qul diulang ratusna kali sehingga si pesakit tadi lega. Pesakit diberi minum kelapa pandan disampur lada hitam yang diruqyah. Pesakit muntah selepas minum air kelapa berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat