Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Thursday, June 2, 2016

TIKRAR dan MUDAWAMAH dalam amalan


Ada pesakit yang saya rawat hanya sekali diberi kesembuhan. Ada yang 3- 5 kali sesi ruqyah. Ada yang hingga kini belum sembuh. Ada yang give up manceri-cari perawat lain yang 'lagi power' untuk sembuhkan mereka.

Antara syarat perubatan Islam yang saya pegang adalah amalan si pesakit. Ramai juga yang hanya mendengar Al Quran semasa sesi ruqyah sahaja. bermakna kelaziman mereka membaca Al Quran, berwirid dengan ayat Al Quran hampir tiada. Tidak dinafikan ada yang kuta membaca A Quran.

Prinsip utama dalam mengamal ayat amalan adalah

1) Tikrar - mengulang-ulang baca.

2) Mudawamah - berterusan walaupun sakit kian hilang atau sudah sembuh sepenuhnya.

Ada yang amal separuh jalan, sakit hilang setahun dua, datang pula gangguan dituduhnya si anu si anu hantar 'top up' sihir. Ini kerja syaitan mengasyikkan kita mencari punca sihir dan punca gangguan sehingga fokus beramal, meningkat diri, menghapus dosa tergencat.

Amalan utama adalah amalan pembersihan (Guru saya Ustaz Ahmad Terapi Syifa) gelarkan Zikir Istinjak)

1) Istighfar - 100 X

2) Selawat - 100 X

3) Lailahaillah wahdahu la... - 100X

KemudiaN selalunya saya beri helaian kertas amalan lanjut mengikut sakit.

Bagi yang tidak mahir membaca Al Quran saya berikan amalan ini:

AMALAN ASAS PESAKIT (PALING MUDAH)

1) Doa minta putuskan hubungan dengan syaitan, jin.

2) Al Fatihah 7 kali

3) Ayat kursi 3-7 kali

4) 3 qul - 3 kali setiap satu

5) Ayat 9 surah yasin (wajaalna) - 9 kali






6) Auzubillahi minayyaiton ar rajim - 11 kali




7) Auzubikalimatillah tammah... - 11 kali




8) Surah fill (alam tarokai) - 3 kali

9) Surah Nasr (iza jaa) - 3 kali

10) Zikir Ya haafiz - 51 kali

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat