Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Darul Muallij P.Pinang (caw Bandar Puteri Jaya Sungai Petani)

Monday, June 13, 2016

SIHIR ISTIHADHAH - alhamdulillah selesai dengan ruqyah

Beberapa hari sebelum Ramadhan kami dikunjungi sebuah keluarga dari Pantai Timur yang berhajat memeriksa sama ada istihadhah darah sehingga 3 bulan yang dihidapi si isteri ada kaitan dengan gangguan syaitan dan jin.

Saya minta Wardah (isteri saya) untuk baca ayat-ayat 33 manzil dan ulangan ayat sihir di belakang si isteri.

Si isteri kelihatan gelisah dan semasa saya duduk di sebelah pesakit, pesakit memaki hamun saya, menepis kuat muka saya dan kelihatan mengganas.

saya minta suaminya memgang si isteri dan saya mulai membaca ayat pembakar jin terutama surah Soffat ayat 1-10 dan ayat 23 al Furqan dengan niat menghancur lebur jin.

Saya cuba sedarkan peakit dengan air tetapi rupanya isteri saya berikan air biasa bukannya air ruqyah (akibat terlalu kelam kabut)

Jin mengganas dan kelihatan mulai lemah tetapi masih menendang-nendang. Saya bacakan Hizib Bahar secara perlahan-lahan dan pesakit lemah serta terus terbaring. 

Saya berkhutbah ringkas berkenaan dosa seorang jin yang menceroboh badan pesakit. Katanya 'aku taat ke tuan aku'. Ditekan kepala dan belakangnya saya terus ulang ayat azab seperti surah Qalam ayat 1-2, surah Fiil, surah Soffat, surah ahqaf 29-32 sehingga pesakit sedar.

Selepas rawatan pesakit memaklumkan semasa isteri saya meruqyah, tangan isteri saya katanya panas sangat dan teinga berdesing kuat sehingga beliau tidak sedar diri lagi. Seepas ebberapa hari berlalu kami dimaklumkan tiada lagi darah istihadhah si pesakit.

Alhamdulillah...

Muhammad Nuruddin (Muallij)
Berhajat dengan khidmat : Hubungi : 017 6291368/ 012 5296690
atau email : jihadin82@gmail.com
# berkhidmat di sekitar Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Perlis. (luar kawasan boleh dibudibicarakan dengan IzinNya)


Darul Muallij P.Pinang
WARDAH NURANI ENTERPRISE
KC 0032782-W

No comments:

Post a Comment

Hubungi jika berhajat

Hubungi jika berhajat